BTC USD 62,947.4 Gold USD 4,300.06
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perenang Maut Dibaham Jerung

Luqmanul Hakim

CG Top Poster Club
gem
Messages
23,318
Joined
Mar 17, 2010
Messages
23,318
Reaction score
4,848
Points
196
Perenang Maut Dibaham Jerung


Perenang-Maut.jpg


Auckland – Perenang Auckland dibaham hingga mati oleh seekor jerung berukuran 4.3 meter, dipercayai jenis Great White, semalamAdam Strange, 46, diserang dan ditarik ke dalam air 200 meter dari pantai Muriwai di Auckland pada jam 1.30 petang di depan beratus-ratus pengunjung pantai.

Lebih tiga lagi jerung dikatakan terbabit dalam serangan itu ketika anggota polis melepaskan 20 tembakan dari bot keselamatan dan helikopter dalam usaha menyelamatkan Strange.

Polis berkata, mereka tidak tahu sama ada tembakan mereka mengenai jerung itu, tetapi haiwan itu berundur dan menghilangkan diri.

Tubuh mangsa kemudian ditemui di laut. Polis berkata, keluarganya sangat kecewa. Mereka menyifatkan mangsa, penerbitan filem sebagai bapa, suami dan kawan yang hebat serta baik.

Pengawal pantai yang mengenali Strange mengambil masa setengah jam untuk menemui mayatnya yang di kelilingi dua jerung.

Menurut laman web stuff.co.nz, seorang nelayan, Pio Mosie yang menyaksikan serangan itu menyifatkan kejadian itu mimpi ngeri.

“Kami melihat jerung muncul dan seminit kemudian ia menyerang mangsa dan kelihatan darah dekat permukaan air.

“Mangsa bergelut dengan jerung itu sebelum ikan itu meninggalkan kawasan. Kemudian, beberapa lagi jerung datang menyerang mangsa.

“Kami hanya dapat melihat ikan itu menarik mayat mangsa ke kawasan lebih jauh,” katanya. – DM​





 
burung berlegar2 tu tanda ada makanan..xsangka makanan tu manusia
 
biasenye klau brenang tgh laut,ade jaring kan?
 
kuasa Tuhan...nasib baik jerung putih xda kt M'sia....
 
Lelaki mati diserang ikan jerung

524607_619257194755315_1006753504_n.jpg


WELLINGTON, New Zealand - Seorang lelaki terbunuh dalam satu serangan ikan jerung yang jarang berlaku di Pantai Muriwai, 40 kilometer dari barat bandar raya ini semalam.

Beberapa pegawai berkata, anggota polis melepaskan tembakan dari sebuah bot sebagai cara untuk 'memaksa' haiwan itu melepaskan mayat si mangsa yang digigitnya.

Saksi-saksi menyatakan, lelaki berusia 47 tahun itu berenang kira-kira 100 meter dari kawasan pantai semasa dia diserang.

Ia merupakan serangan ikan jerung pertama ke atas manusia di negara ini dalam tempoh lebih 35 tahun.

Darah dapat dilihat di permukaan laut manakala sejumlah perenang termasuk sekumpulan pelajar bergegas menyelamatkan diri ke pantai selepas mereka mendengar jeritan tentang kehadiran ikan jerung.

Seorang anggota penyelamat sukarelawan, Tim Jago berkata, ikan jerung itu amat besar kerana ia berukuran empat meter.

Menurutnya, haiwan itu dipercayai ikan jerung putih seperti yang digambarkan dalam filem Jaws arahan Steven Spielberg pada tahun 1975.

Dia berkata, mulut ikan tersebut masih menggigit mayat mangsa apabila polis tiba.

Jago memberitahu, anggota polis yang berada di dalam bot penyelamat terpaksa melepaskan tembakan ke arah haiwan tersebut supaya ia melepaskan mayat si mangsa.





sumber:http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0228&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm
 
Back
Top
Log in Register