BTC USD 61,610.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perdana Menteri Thai beri amaran

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
BANGKOK 2 Jun - Perdana Menteri Yingluck Shinawatra, hari ini memberi amaran bahawa perpecahan besar di negara ini boleh menyebabkan berlaku 'kitaran keganasan', kecuali tindakan diambil bagi membawa perdamaian, selepas Thailand dilanda rusuhan sejak beberapa tahun lalu.

Beberapa cadangan untuk memulihkan keadaan di Thailand menyebabkan negara ini berdepan kekacauan berdarah sejak rampasan kuasa pada 2006 dan mencetuskan kemarahan pihak pembangkang yang takut untuk menerima kembali bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra yang digulingkan.

Penunjuk perasaan antikerajaan 'Baju Kuning', semalam mengadakan sekatan jalan raya menghalang ahli-ahli Parlimen memasuki bangunan Parlimen bagi membahaskan rang undang-undang yang bertujuan membenarkan Thaksin pulang. - AFP
 
Back
Top
Log in Register