combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,390
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,390
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengarahkan semua kementerian dan jabatan kerajaan agar mempercepat urusan secara dalam talian sebagai sebahagian daripada pembaharuan birokrasi.
Berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan dan Amanat Tahun 2026 Jabatan Perdana Menteri di sini, beliau berkata bagi tujuan itu, kecerdasan buatan boleh digunakan dalam penyediaan draf jawapan surat sebelum diperhalusi oleh pegawai.
Anwar berkata langkah pendigitalan itu turut melibatkan Jemaah Menteri dengan tujuan menjimatkan masa, meningkatkan kualiti perkhidmatan dan mengurangkan kerenah pentadbiran yang membebankan rakyat.
Selain itu, beliau berkata sistem digital negara perlu dilaksanakan dengan serius serta bersungguh-sungguh dan bukan sekadar ungkapan tanpa peningkatan prestasi yang ketara.
"Jadi, saya minta Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Pengarah memastikan semua urusan dilaksanakan secara dalam talian melainkan yang terikat dengan peraturan undang-undang," katanya.
Perhimpunan itu turut dihadiri barisan Jemaah Menteri antaranya Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil, Menteri Pengangkutan Anthony Loke, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.
Berita lanjut menyusul...
www.bernama.com

Percepat Urusan Kerajaan Secara Dalam Talian - PM
Anwar Ibrahim, pendigitalan, perkhidmatan awam, ce