BTC USD 61,656.6 Gold USD 4,263.34
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perbezaan Mahathir dengan Abdullah

tak bijak banding antara keduanya..kerna mereka bukan dari sekolah yang sama,jurusan yang sama ,kampong yang sama,background yg sama,pengalaman yg sama ,kawan yang sama..dan banyak lagilah..lain orang lain caranya..terima saja hakikatnya paklah adalah pm kita..kalo nak tukar pon ikut lah saranan pak najib..oleh ahli katanya..begitulah adanya..

Yeah betoi tuh....
 
taurus rasa..mengumpat pasal kezaliman dibolehkan kan:-? sebab taurus ingat taurus ada baca satu buku tu..dia kata boleh..apa2 pun taurus berpendapat tun dr mahathir lebih baik dan bagus berbanding dengan pak lah:D
 
Kalau nak bandingkan TDM dengan Pak Lah, sama macam bandingkan DSAI dengan Strawberry Chik kot. Tersangatlah banyak bezanya.
 
saya sangat kagum dgn TDM, berjaya membawa Malaysia ke satu peringkat di mana hampir mustahil dilakukan oleh negara2 membangun...tapi malangnya, penggantinya hanyalah...:(scam :(scam
 
11. Waktu tidur

Mahathir
Pandai memilih waktu tidur yg sesuai

Abdullah
Tidur tanpa mengambil kira masa dan tempat

huh..ni yg tak tahan..:))
tp ada kebenarannya..seorg veteran umno sendiri mengakuinya..
 
mahdir = mahafiraun

abdullah = mahalelah

zalim sgt tu bro....

menyamakan TDM ngan firaun seolah2 mengkafirkan beliau...

berat dosanya ni mengkafirkan org.....Allah je berhak ke atas semua tu....


HUKUM MENGKAFIRKAN .....



Assalamualaikum Ustaz...


Ana cuma ada sedikit persoalan mengenai hukum mengkafirkan sesebuah pertubuhan. Adakah ia dibolehkan kepada umat islam biasa seperti ana ataupun adakah hukum mengkafirkan sesuatu pertubuhan hanya dibenarkan kepada ulama' mujtahid.


Ini kerana ana ada terdengar syarahan drpd seorang ustaz mengenai hukum mengkafirkan pertubuhan ini yang sebenarnya dibolehkan utk menegakkan yang hak dan menghapuskan yang batil berdasarkan USUL 20 yang ana pelajari. Boleh ustaz jelaskan secara terpeinci ttg hal ini?


JAWAPAN :


Waa'laikumussalam .


Saudara boleh gunakan kaedah ini : Sabda Rasulullah saw :


من كفر مسلما فقد كفر و من لم
يكفر الكافر ففد كفر و من شك في كفر الكافر فقد كفر


Maksudnya :Sesiapa yang mengkufurkan seorang muslim maka sesungguhnya ia kufur . Barangsiapa yang tidak mengkufurkan orang yg melakukan perbuatan kufur maka ia kufur dan sesiapa yang syak pada kekufuran yang yang melakukan perbuatan kufur , maka ia kufur .


Ianya juga terpakai kepada pertubuhan . Andainya pertubuhan itu tidak melakukan apa - apa yg membatalkan syahadah , maka ia tidak boleh dilabelkan sebagai kufur .


Namun , jika pertubuhan itu adalah pertubuhan yang mengingkari perkara prinsip dalam agama yang bertentangan dengan aqidah Islamiyyah dan menjadi ijma' ulamak bahawa pegangan dan prinsip pertubuhan itu membawa kepada kufur maka tidak mengapa melabelkan pertubuhan itu sbg pertubuhan kufur .


Pastinya untuk meletakkan hukum atau sebagainya hanya menjadi milik mereka yang berilmu dan mencukupi syarat untuk istinbat hukum dari sumber nas yang tulen dan asal . ( Al Quran dan hadith )Kepada mereka yang tidak mendalam ilmu nya wajib merujuk kepada mereka yang berilmu .


Tetapi sebagai satu penegasan , apabila kita berada dalam peringkat dakwah , untuk menyampaikan Islam kepada masyarakat dan menjinakkan semua pihak terhadap kesucian dan kemurnian Islam , maka elakkan perbuatan menghukum secara bebas .


Hassan Hudhaibi selalu menyebut , Kita pendakwah bukan penghukum .


Justeru tidaklah selesai masaalah jika sekadar kita menghukum sedang berdakwah itu lebih aula untuk memahamkan mereka dan mengembalikan mereka ke pangkuan Islam .


Sungguhpun begitu saya tidak nafikan pada peringkat tertentu , Mereka yang berilmu harus tegas meletakkan batas - batas iman dan kufur agar orang - orang awam jelas dan tidak terperangkap dalam pengaruh kuffar yang merosakkan akhlak , moral dan aqidah mereka .
 
Last edited:
mahdir = mahafiraun

abdullah = mahalelah

x elok bagi kita memberi gelaran seumpama itu kepada org yg pernah berjasa pada negara walaupn bnyk mane kesilapan mereka..tp x seburuk dan seteruk seperti pada gelaran itu...
:)
 
tambahan yg no. 11 tuh...
tak bleh tahan
 
Back
Top
Log in Register