BTC USD 62,128.6 Gold USD 4,466.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perbezaan antara dara dan janda

kasturi

Legendary Member
gem
Messages
13,525
Joined
Jul 22, 2006
Messages
13,525
Reaction score
3,282
Points
196
Jika anak perempuan yang masih dara ingin berkahwin, keputusan tersebut terletak di tangan orang tuanya. Bagaimana pula jika dia pernah berzina dan bukan dara lagi. Adakah orang tuanya masih boleh memberi keputusan untuk berkahwin atau tidak mengikut pandangan agama?

Adakah gadis yang tiada lagi dara sama status dengan janda dari soal memberi keputusan untuk berkahwin?

Secara amnya, disyariatkan meminta izin wanita untuk menjalankan akad perkahwinan ke atasnya.


Adakah meminta izin gadis/dara wajib atau sunat sahaja (jika yang menjadi walinya adalah bapa atau datuknya)?

Menurut mazhab Imam Malik, Syafie dan Ahmad, meminta izinnya sunat sahaja. Iaitu jika bapa atau datuk mengahwinkannya dengan lelaki pilihan mereka tanpa persetujuan gadis/dara, perkahwinan itu sah.

Mazhab Abu Hanifah pula berpendapat, wajib meminta keizinannya. Jika tidak, perkahwinan tidak sah.

Adapun janda, tiada khilaf dikalangan ulama bahawa wajib diminta keizinannya, jika tidak, maka perkahwinan tidak sah.

Bagi gadis, tanda keizinannya memadai dengan diamnya. Adapun bagi janda, tidak memadai dengan diamnya sahaja akan tetapi wajib dengan pengakuan mulut darinya.

Dalil:

Sabda Nabi SAW, "Tidak dikahwinkan wanita janda kecuali dengan meminta arahannya dan tidak dikahwinkan gadis kecuali dengan meminta keizinannya". Sahabat bertanya, "Ya Rasulullah. Bagaimana yang dikatakan keizinannya? Baginda menjawab, Dengan diamnya". (HR Imam Al-Bukhari dan Muslim)



Bagaimana untuk menentukan seorang wanita itu gadis atau janda mengikut hukum Syarak?

Dalam kitab Al-Mughni (Imam Ibnu Qudamah), dijelaskan seperti berikut:

1. Menurut mazhab Imam Ahmad dan Syafie, janda ialah wanita yang telah disetubuhi difarajnya sama ada dengan persetubuhan yang halal atau haram. Namun, Imam Malik dan Imam Abu Hanifah berpendapat, wanita yang disetubuhi secara tidak halal, hukumnya masih wanita gadis.

2. Jika selaput dara hilang kerana sebab lain dari jimak seperti kerana terjatuh, darah haid terlalu banyak atau kerana tusukan jari, kayu dan sebagainya, maka hukumnya masih hukum dara/gadis.

3. Jika sesorang wanita disetubuhi di duburnya, status tidak berubah menjadi janda kerana persetubuhan tidak berlaku pada farajnya.

Dalam kitab Kifayatul-Akhyar (Kitab Fiqh mazhab Syafie), pengarangnya menjelaskan, "Janda ialah wanita yang telah hilang selaput daranya melalui persetubuhan sama ada halal, syubhah ataupun zina.

Jika hilang selaput daranya kerana persetubuhan yang dipaksa atau disetubuhi ketika tidur mahupun wanita gila (yang disetubuhi), maka hukumnya seperti janda mengikut pandangan yang terkuat.

Ada juga pandangan berkata, "Hukumnya masih seperti gadis. Jika seorang wanita dijadikan tanpa selaput dara, ia masih dianggap dara/gadis".

Kesimpulannya, mengikut pandangan mazhab Imam Ahmad dan Syafie, wanita yang pernah berzina, ia tidak lagi dianggap gadis. Maka kedudukannya sama seperti janda dalam masalah diatas iaitu wajib diminta keizinannya secara pengakuan mulut sebelum mangahwinkannya.

Adapun mengikut pandangan mazhab Hanafi dan Maliki, ia masih lagi gadis kerana persetubuhan yang halal (bukan persetubuhan melalui akad nikah yang sah).



jika ada pembetulan...amatlah dialu2kan :)cgrock
 
Last edited:
owh maknanya ramai la janda yerk...walau blom kawen
 
Janda mmg org selalu pandang serong
 
Ooo..

Maknanya, yang dara, mintak kebenaran wali, wali senyap maknanya Boleh dinikahkan..

Tapi Kalo janda, wali senyap, xbley nikah Selagi tiada kata Boleh dari wali..

Betul ke apa Aku kata nih??
 
ohh ni la asalnya pepatah 'diam tandanya setuju'
 
lebih rela memilih janda yg dah pernah bernikah daripada janda yang belum bernikah....
:D:D:D
 
Back
Top
Log in Register