BTC USD 63,182.0 Gold USD 4,475.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perang telco di Malaysia

nurulazzin

Business Branding Paid Promoter
Messages
219
Joined
Aug 2, 2013
Messages
219
Reaction score
6
Points
25
Sekarang ni Telco bersaing antara satu sama lain. Semua nak bagi harga murah & internet quota yang padu untuk pengguna. Apa pendapat korang pasal telco di Malaysia? Telco yang mana paling berbaloi baloi korang rasa. Sila kongsikan pendapat anda
 
bagi saya telco tak bersaing, telco ni dah lama buat $$$ dan sekarang kaya raya .. telco hanya memberikan produk dan perkhidmatan berpatutan bergantung kepada teknologi sediada mengikut nasihat SKMM ..

yang berperang tu pengguna (rakyat) .. membezakan dan komen baik buruk :D
 
Sekarang ni Telco bersaing antara satu sama lain. Semua nak bagi harga murah & internet quota yang padu untuk pengguna. Apa pendapat korang pasal telco di Malaysia? Telco yang mana paling berbaloi baloi korang rasa. Sila kongsikan pendapat anda

Nak bersaing boleh tpi kena pantau laa line coverage masing2 stable ke tak sbb kalau harga murah & internet quota padu pun tak guna jugak. Aku lgi prefer celcom laa sbb line pun laju.
 
Nak bersaing boleh tpi kena pantau laa line coverage masing2 stable ke tak sbb kalau harga murah & internet quota padu pun tak guna jugak. Aku lgi prefer celcom laa sbb line pun laju.

Betul tu. Plan postpaid celcom xpax XP Lite yg paling latest tu murah benor RM28 je basic plan.
 
aku dah dekat 20 tahun guna celcom.. 013..
 
dah lama pakai digi

digi laju cuma tak best

bila habis kuota dia buat perangai

bila tambah duit baru elok

dasar mata duitan digi


kekkeke..macam hang lah daus..
 
dah 2 tahun lebih guna Unifi/webe postpaid. nak terminate tak sampai hati sebab adik beradik tumpang line (satu akaun 5 nombor).

makin hari makin slow. start malam jam 6pm - 11pm , memang congested. kalau jam 12am sampai 6pagi, memang syok la berdesup.

cuma rasa macam rugi je unlimited data tapi aku guna sebulan tak sampai pun 50GB data. sebab aku dah tak tau apa nak donlod/streaming. aku dah tak kaki movie/drama macam dulu.

ni pun duk pikir nak pasang fibre line kat umah, tapi yang guna aku, adik aku, dan mak aku je. 3 org. tu pun bukan heavy user dan bukan kaki streaming.


kalau stakat kaki fesbuk wasap, baik cari je plan prepaid yg offer unlimited data social media. murah pun murah. mcm aku fesbuk pun takde.

tgk bola pun seminggu sekali (paling koman makan 600mb data) .

byk data guna layan youtube je. tapi unifi postpaid capped kat 480p.
 
Betul tu. Plan postpaid celcom xpax XP Lite yg paling latest tu murah benor RM28 je basic plan.

1GB je dpt nak apa je cukup. Pastu free unlimited calls. Aku dah laa guna bnyk internet. 1GB sehari pun dah habis.
 
Back
Top
Log in Register