ronaldinhood
Super Active Member
- Messages
- 9,352
Paid Membership
- Joined
- Apr 3, 2006
- Messages
- 9,352
- Reaction score
- 73
- Points
- 70
SEORANG wanita tercedera di hadapan bangunan pangsapuri
yang rosak teruk akibat serangan udara tentera udara
Russia di pinggir bandar Tbilisi, awal hari ini. - Foto AP
NEW YORK: Russia hari ini menolak pelan gencatan senjata yang dikemukakan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi mengelak kejadian lebih buruk terhadap Georgia.
Kuasa dunia itu sebaliknya akan terus menyerang Selatan Ossetia serta mahu 15 tentera pemerhati PBB di wilayah bergolak itu segera dikeluarkan.
Bagaimanapun, Majlis Keselamatan PBB sejak tiga hari lalu masih berusaha untuk mencari jalan penyelesaian terhadap pembabitkan tentera Russia di Georgia.
Satu lagi mesyuarat yang diminta Georgia dijadualkan berlangsung petang ini.
Perbincangan itu berlangsung dengan 14 negara yang diketuai Amerika Syarikat dalam Majlis Keselamatan mengenakan tekanan agar Russia tunduk dengan pelan gencatan senjata itu dan menghormati kedaulatan Georgia.
"Gencatan senjata bukan satu jalan penyelesaian. Pertempuran masih berlaku dan tentera Georgia masih menduduki wilayah Selatan Ossetia," kata Duta Russia di PBB, Vitaly Churkin.
"Semua tindakan dan isyarat seperti ini bukan menunjukkan jalan ke arah gencatan senjata," katanya.
Russia, Amerika, Britain, Perancis dan China adalah lima negara dalam Majlis Keselamatan PBB yang memiliki kuasa veto.
"Konflik ini semakin membesar dan semakin merebak," kata Timbalan Duta Amerika Syarikat di PBB, Alejandro Wolff. - AP
