BTC USD 62,574.0 Gold USD 4,440.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perang Russia-Georgia

ronaldinhood

Super Active Member
Messages
9,352
Paid Membership
Joined
Apr 3, 2006
Messages
9,352
Reaction score
73
Points
70
pix2.jpg

SEORANG wanita tercedera di hadapan bangunan pangsapuri
yang rosak teruk akibat serangan udara tentera udara
Russia di pinggir bandar Tbilisi, awal hari ini. - Foto AP


NEW YORK: Russia hari ini menolak pelan gencatan senjata yang dikemukakan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi mengelak kejadian lebih buruk terhadap Georgia.

Kuasa dunia itu sebaliknya akan terus menyerang Selatan Ossetia serta mahu 15 tentera pemerhati PBB di wilayah bergolak itu segera dikeluarkan.

Bagaimanapun, Majlis Keselamatan PBB sejak tiga hari lalu masih berusaha untuk mencari jalan penyelesaian terhadap pembabitkan tentera Russia di Georgia.

Satu lagi mesyuarat yang diminta Georgia dijadualkan berlangsung petang ini.

Perbincangan itu berlangsung dengan 14 negara yang diketuai Amerika Syarikat dalam Majlis Keselamatan mengenakan tekanan agar Russia tunduk dengan pelan gencatan senjata itu dan menghormati kedaulatan Georgia.

"Gencatan senjata bukan satu jalan penyelesaian. Pertempuran masih berlaku dan tentera Georgia masih menduduki wilayah Selatan Ossetia," kata Duta Russia di PBB, Vitaly Churkin.

"Semua tindakan dan isyarat seperti ini bukan menunjukkan jalan ke arah gencatan senjata," katanya.

Russia, Amerika, Britain, Perancis dan China adalah lima negara dalam Majlis Keselamatan PBB yang memiliki kuasa veto.

"Konflik ini semakin membesar dan semakin merebak," kata Timbalan Duta Amerika Syarikat di PBB, Alejandro Wolff. - AP
 
Pesawat Russia bom kilang kapal terbang di Tbilisi

TBILISI (Georgia) - Pesawat pengebom Russia hari ini menyerang sebuah kilang mengeluarkan kapal terbang di pinggir ibu negara Georgia di sini, awal hari ini tetapi tiada yang cedera.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri Georgia, Shota Utiashvili, serangan bom itu berlaku di kilang pesawat yang terletak di timur Tbilisi.

Beberapa pesawat yang diletakkan di tepi sepanjang landasan dilaporkan rosak. - A
 
Tentera Georgia berundur dari ibu negara Ossetia Selatan

TBILISI: Seorang menteri kabinet Georgia mengesahkan tentera negara itu sudah berundur daripada ibu negara Ossetia Selatan, Tskhinvali berikutan mendapat tentangan sengit askar Russia.

Menteri Perpaduan Georgia, Temur Yakobashvili, berkata askar Georgia hanya meninggalkan Tskhinvali hari ini untuk menukar lokasi tetapi tetap berada Ossetia Selatan.

Beliau juga berkata, pengunduran dari Tskhinvali itu juga sebagai strategi untuk membolehkan bantuan kemanusiaan diberi, terutama mangsa yang cedera.

Tskhinvali sejak Jumaay lalu menjadi medan pertempuran apabila askar Georgia melancarkan serangan terhadap Ossetia Selatan. - AP
 
Russia bom bandar Abkhazia, Georgia

MOSCOW: Kementerian Dalam Negeri Georgia mengesahkan pesawat pejuang Russia terus mengebom bandar Abkhazia yang diduduki puak pemberontak di Barat Georgia.

“Pesawat pejuang Russia tidak berhenti daripada menjatuhkan bom di Kodori Gorge sejak semalam. Hari ini mereka memuntahkan bom di Zugdidi,” kata jurucakap kementerian, Shota Utiashvili menerusi telefon.

Kodori Gorge adalah satu-satunya bandar yang dikuasai Georgia di Wilayah Abkhazia yang pada 1990 berpecah dari Tbilisi dan menjadi wilayah Ossetia Selatan.

Sabtu lalu, Presiden Georgia, President Mikheil Saakashvili berkata Georgia tentera negara itu beberapa kali diserang oleh puak pemisah Abkhaz. - AFP
 
Tentera Russia kini kuasai ibu negara Ossetia Selatan

TBILISI: Askar Russian kini sudah menguasai ibu negara Ossetia Selatan, Tskhinvali, kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri Georgia, Shota Utiashvili, di sini, hari ini.

"Angkatan Tentera Russia sudah menawan Tskhinvali," katanya merujuk kepada perkembangan terkini pertempuran tentera kedua-dua negara di Tskhinvali. - AFP
 
Bandar Zugdidi di Georgia dibom tentera Russia

TBILISI: Bandar Zugdidi di Selatan Georgia kini sedang dibom tentera Russia, kata Menteri Perpaduan Georgia, Temur Yakobashvili, di sini.

“Zugdidi kini dibom," kata Yakobashvili dalam sidang akhbar ini di sini. - AFP
 
AS amaran kepada Russia henti serangan

BEIJING: Rumah Putih hari ini memberi amaran keras kepada Russia supaya menghentikan serangan ke atas Georgia atau berdepan risiko retaknya hubungan kedua-dua negara.

Russia semakin menggandakan serangan bom ke atas negara yang disokong Amerika Syarikat, Georgia.

Awal hari ini, Georgia memerintahkan askarnya berundur dari ibu negara Ossetia Selatan apabila Russia melancarkan serangan bertubi-tubi ke atas negara itu.

Penolong Penasihat Keselamatan Kebangsaan kepada Presiden George W. Bush, Jim Jeffrey, berkata Rumah Putih menyatakan dengan jelas sekiranya negara itu terus menggunakan cara kekerasan dan merbahaya, ia bakal memberi impak buruk terhadap hubungan AS-China. - AP
 
silap2 mau perang US ngan Russia nie....
 
AS amaran kepada Russia henti serangan

BEIJING: Rumah Putih hari ini memberi amaran keras kepada Russia supaya menghentikan serangan ke atas Georgia atau berdepan risiko retaknya hubungan kedua-dua negara.

Russia semakin menggandakan serangan bom ke atas negara yang disokong Amerika Syarikat, Georgia.

Awal hari ini, Georgia memerintahkan askarnya berundur dari ibu negara Ossetia Selatan apabila Russia melancarkan serangan bertubi-tubi ke atas negara itu.

Penolong Penasihat Keselamatan Kebangsaan kepada Presiden George W. Bush, Jim Jeffrey, berkata Rumah Putih menyatakan dengan jelas sekiranya negara itu terus menggunakan cara kekerasan dan merbahaya, ia bakal memberi impak buruk terhadap hubungan AS-China. - AP

hubungan buruk US-China ke US-Rusia??
skang ni perang pasal apa??
 
Back
Top
Log in Register