BTC USD 81,949.8 Gold USD 4,136.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perang Russia-Georgia

GLA memang best...sebab boleh hilang2..tau2 ada je kat dlm kawasan musuh hahaha..trrus menggelabah katak hahah
hehehe.. nih citer cammand ang conquer ker.. heheh

salah georgia la.. serang/bom dulu kat russia.. kan dah kene..
 
Georgia di sokong oleh Amerika..Terbaru Amerika ingin menempatkan
sistem peluru berpandu antara benua di negara2 kesatuan eropah..Russia melihat ini sebagai satu ancaman perang dingin..dan kini satu reaction keatas apa yg sedang berlaku di Georgia..diharap perang ini tidak akan berlanjutan melepasi sempadan belah sini kerana peluru berpandu antara benua mampu sampai ke GeorgeTown..hmmm

fuh...sampai penang tu...
ok gak sampai kt penang...
 
Rusia kerah 10,000 lagi askar serang Georgia

TBILISI, Georgia 10 Ogos – Rusia menghantar 6,000 askar tambahan ke Georgia melalui jalan darat dan 4,000 lagi dengan kapal sebagai persiapan untuk menggempur wilayah bekas Kesatuan Soviet itu.

Ketua Jabatan Penerangan Kementerian Dalam Negeri Georgia, Shota Utiashvili berkata, Rusia menghantar askar tambahan itu beberapa jam lalu setelah menawan South Ossetia semalam.

Katanya, pesawat pejuang Rusia turut mengebom sebuah lapangan terbang tentera di luar bandar ini awal hari ini menyebabkan berlaku letupan kuat yang menggegarkan ibu negara Georgia itu.

Utiashvili berkata, tiga butir bom digugurkan ke atas lapangan terbang tentera milik kilang Tbilaviastroi, yang mengeluarkan jet pejuang Sukhoi Su-25 sejak zaman Kesatuan Soviet.

Sejak perang antara Georgia-Rusia itu meletus pada Jumaat lalu, seramai 2,000 telah terbunuh dan 30,000 yang lain menjadi pelarian.

Utiashvili juga berkata, Rusia telah memulakan operasi ketenteraan untuk menyerang gaung Kodori dalam wilayah Abkhazia, tetapi dinafikan oleh pihak Rusia.

Sementara itu, pihak pemisah di Abkhazia berkata, mereka telah menghantar 1,000 tentera ke kawasan itu yang dikawal oleh tentera Georgia sebagai kawasan strategik menghadap Laut Hitam.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mempunyai pasukan pemantau antarabangsa di kawasan itu memberi amaran kemungkinan berlaku pertempuran kedua di barisan hadapan antara tentera Georgia dan Rusia.

“Operasi ketenteraan Rusia telah bermula. Pemindahan penduduk sedang dilakukan,” kata jurucakap kerajaan Raul Kiria.

Sementara itu, pihak pemisah Abkhazia mengisytiharkan wilayah itu diletakkan dalam keadaan berperang.

Abkhazia seperti South Ossetia telah keluar daripada pentadbiran Georgia pada awal tahun 1990-an.

– Reuters
 
oh,
singapura kalau terdesak sgt tanah,
inilah peluangmu..
tolong georgia amik tanah russia. Russia kan byk tanah..
Nak amik pulau batu puteh drp pak lah mmg la senang..
x mencabar la kalo camtu..

eh, command & conquer general?
aku expert main game tuh.. hehe..
sape nak battle ngan aku? :)
 
dah lama tak main command n conquer...
main lain tau leee
hehehe. dapat bom nuklear pi US best gak tue...
 
:eek: :eek:
Ade gak terpengaruh dgn aku..
Ok2.. Back to topic..:D
 
bagus lah tu ..depa sama depa berperang...ni asyik serang negara Islam aje...nak tgk gak RUssia vs Amerika...baru best..!!huuhuuu
 
Rusia perhebat serangan ke atas Georgia
11/08/2008 7:42pm

TBILISI 11 Ogos – Rusia memperhebatkan serangan ke atas Georgia hari ini tanpa mempedulikan rayuan gencatan senjata dan amaran diplomatik yang dibuat oleh Amerika Syarikat (AS).

Kementerian Luar Georgia berkata, pesawat pejuang Rusia melancarkan pengeboman baru di Georgia setelah menguasai wilayah pemisah South Ossetia.

“Lebih 50 pesawat perang Rusia mema suki ruang udara Georgia.

“Tbilisi dibom. Bom-bom turut menggegarkan kampung Kojori dan pergunungan Makhata,” menurut Kementerian Luar Georgia.

Jet pejuang Rusia mengebom radar di lapangan terbang Tbilisi dan mengenai kedudukan awam di bandar Gori, Georgia.

Pesawat Rusia sebelum itu mengebom pangkalan pasukan khas dan sebuah pusat kawalan lalu lintas udara di pinggir Tbilisi, menurut jurucakap Kementerian Luar.

Letupan boleh kedengaran dari pusat ibu negara.

Tiga askar Rusia terbunuh dan 18 lagi cedera dalam serangan oleh tentera Georgia di South Ossetia hari ini sekalipun Georgia mendakwa askarnya telah diundurkan, lapor agensi berita Rusia, Interfax.

Moscow yang telah pun menggerakkan kapal perang ke Laut Hitam bersiap sedia untuk menghantar 9,000 askar bagi menguatkan bala tenteranya di sebuah lagi wilayah pemisah Georgia, Abkhazia.

Ia juga akan menghantar lebih 350 kereta berperisai untuk membantu pasukan tentera yang secara rasminya ialah pasukan pengaman Rusia di wilayah tersebut.

Presiden Georgia, Mikheil Saakashvili malam tadi berkata, kereta kebal Rusia menduduki wilayah Georgia di luar South Ossetia. - AFP
 
* MUTAKHIR

Georgia tidak akan menyerah kalah: Presiden

WASHINGTON: Presiden Georgia, Mikheil Saakashvili melaungkan negaranya tidak akan 'mengangkat bendera putih' dengan mudah meskipun tentera Russia terus menceroboh negaranya.

Malah, beliau berkata keadaan semakin genting sekarang apabila tentera Russia kini memasuki pinggir ibu negara, Tbilisi.

Dalam satu temubual dengan stesen tv CNN, awal hari ini Saakashvili yang ditanya apa yang perlu diketahui pemimpin Russia ketika ini berkata: “Saya fikir mereka perlu tahu Georgia tidak pernah mengalah. Georgia tidak akan mengalah."

Sebelum itu, Saakashvili dalam ucapannya kepada orang awam berkata, ketika ini sebehagian besar wilayah Georgia sudah ditawan dengan mendakwa Russia dalang disebalik serangan yang bermula beberapa hari lalu.

"Tidak kira sehebat mana kuasa tentera yang anda miliki sekiranya anda bersiap untuk menyerang berbulan-bulan lamanya, anda tidak mampu menggerakkan 1,000 kereta kebal sekalipun jika serangan itu untuk menawan jiran anda," katanya yang jelas merujuk kepada Russia.

Beliau berkata, rakyat Georgia akan berjuang hingga ke titisan darah terakhir kerana 'kita pernah tewas kepada Russia yang meragut kebebasan kita.'

“Rakyat Georgia tidak akan menyerahkan kebebasan dan demokrasi kerana demokrasi lebih kuat daripada kereta kebal, bom dan peluru yang mereka miliki," katanya. - AFP
 
Back
Top
Log in Register