BTC USD 60,797.8 Gold USD 4,365.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perang poster haram ah long

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


DUNGUN – Sebanyak 116 keping poster dan iklan haram diturunkan polis dan penguat kuasa Majlis Perbandaran Dungun (MPD) dalam satu operasi yang dilakukan secara besar-besaran di beberapa lokasi sekitar Dungun dan Paka pagi semalam.

Operasi melibatkan empat anggota polis dan tujuh penguat kuasa MPD itu dibuat hasil aduan orang ramai berkaitan pinjaman wang secara haram yang diiklankan melalui poster yang ditampal di lokasi tertentu sekitar bandar ini.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani berkata, operasi tertumpu sekitar jalan utama di bandar Dungun dan Paka selain kawasan perumahan.

Beliau berkata, sebelum ini pihaknya menerima pelbagai aduan daripada orang ramai tentang pihak yang menawarkan pinjaman melalui kaedah tidak sah sehingga wujud unsur jenayah seperti ugutan jika peminjam gagal melunaskan hutang tersebut.
“Operasi ini sebagai langkah pencegahan untuk melenyapkan segala iklan pinjaman wang secara haram yang meragukan.

“Kita nasihatkan orang ramai yang ingin memohon pinjaman agar pergi ke agensi kewangan yang disahkan oleh kerajaan untuk mengelakkan terjerat dengan pinjaman ah long sehingga boleh membebankan serta menyebabkan keharmonian hidup terjejas,” katanya.

Sementara itu, penduduk, Saadiah Saat, 48, berkata, dia berharap agar pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas pihak yang tidak bertanggungjawab menawarkan pinjaman haram itu.

“Sebelum ini ejen-ejen pinjaman wang itu bergerak bebas tanpa mempedulikan undang-undang. Mereka bertindak agresif dengan memberi ugutan jenayah kepada pemohon yang gagal melunaskan hutang mereka.

“Jadi usaha PBT menurunkan iklan seperti ini amat baik kerana ia boleh mencegah orang ramai daripada terjebak dengan perkara seperti ini,” katanya.
 
perang ngan poster ... berani ler ... try perang ngan ah long ... ade bran?
 
serabut kdg2 tengok poster diorg ni. pihak berkaitan x boleh amik tindakan terus ke atas diorg ni. cari je salah mcm jpj carik salah pengguna jalan raya. ke dilindung pihak atasan?
 
Ala. Klu cabut derang pasang balik. Call la no iklan tu carik sapa punya keje. Baru la namanya perang...
 
kenapa tak call nombo depa,perangkap pastu tangkap sembelih buang dalam sungai pastu buat pc cakap depa kena bunuh dengan samseng lain..
 
aku pernah nampak sekali, tgh malam si ah long tgh dok tampal poster. ada 2-3 bijik motor polis tgh buat rondaan, diorang buat je dgn si ah long dok menampal poster setiap 10m jalan.

ini lagi nak sembang perang poster? cehh!
 
penguatkuasa ni tak da telor dah... nk tangkap along tu bukan susah sgt pun, phone no dah ada menyamar je laa...
 
sesenang je diorg tampal balik,diorg ni buat kerja sia2 xnak perangi dari akar umbi,nape x tangkap aje ahlong tu no phone ade tepon ajelah ajak jumpe pastu tangkap le.
 
Back
Top
Log in Register