BTC USD 63,476.2 Gold USD 4,482.88
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai Perang bermula..

userun

Super Active Member
Messages
6,468
Joined
Mar 16, 2009
Messages
6,468
Reaction score
96
Points
80
‘Ini perang menteri-FAM’

xpix_gal0.pagespeed.ic.xT6BQn14iL.webp


Khairy bidas Jamal usah masuk campur; lebih baik diam

Kuala Lumpur: Orang luar tidak harus campur tangan urusan menteri dengan persatuan sukan kebangsaan!

Itu kesimpulan terbaik boleh dirumuskan andai berpandu kepada kenyataan tegas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berhubung polemik membabitkan dirinya dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ketika ini.
Reaksi berkenaan hadir berikutan kenyataan dibuat bekas kapten skuad kebangsaan, Datuk Jamal Nasir yang menafikan beliau adalah ‘budak suruhan’ FAM susulan kritikan yang dilemparkan kepada Khairy sebelum ini.

“Jika beliau bukan ‘budak suruhan’ FAM, bukan pemimpin FAM, jadi jangan masuk campur. Ini antara menteri dengan FAM dan kalau tiada apa-apa jangan masuk campur,” kata Khairy ketika sidang media selepas melakukan lawatan rasmi ke Majlis Olimpik Malaysia (MOM), semalam.

Budak suruhan

BH Sukan semalam melaporkan Jamal menafikan sekeras-kerasnya beliau bukan ‘budak suruhan’ FAM seperti didakwa Khairy, sebaliknya menegaskan yang tindakannya hanya mahu meluahkan rasa kecewa terhadap Khairy yang berterusan mengkritik FAM.

Sebelum itu, Khairy menafikan kritikan berterusan yang dilemparkan kepada FAM disebabkan dendam ke atas individu tertentu dalam badan induk itu seperti mana yang dibangkitkan Jamal.
Sebaliknya, ia adalah keprihatinan beliau selaku menteri untuk melihat penambahbaikkan dilakukan FAM berdasarkan luahan yang disuarakan rakyat namun Jamal merasakan lebih elok Khairy duduk semeja dengan badan induk itu bagi menyelesaikan segala isu berbangkit berbanding mengkritik secara terbuka di media.

Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini
 
Yang Jamal ni sibuk ape hal? bukan ada jawatan apa pun dalam FAM...bekas kapten bola sepak aje pun..
 
Yang Jamal ni sibuk ape hal? bukan ada jawatan apa pun dalam FAM...bekas kapten bola sepak aje pun..

jilat mesti lebih bro..mana tau dapat habuan nanti:-?
 
khairy lupa kot sapa paling besar dlm FAm tu, brani ke lawan raja, huhuuhuh
 
selagi FAM ada title FAM d'Raja Malaysia...
selagi tu ler bola sepak malaysia standard estet kelapa sawit yg nak tebang aja...

"teringat kehebatan Pesta Bola Sepak Merdeka"
 
Khairy buat kerja dia...FAM dah lama tak ditegur dan org tak berani tegur...Jamal tu anak pahang..kena la bodek...mana tau ada dapat offer balik....
 
dah bagus da KJ ni.. ada plak yg bekup fam
 
Back
Top
Log in Register