BTC USD 63,533.9 Gold USD 4,463.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Peranan PBS diperluas ke peringkat JKKK

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Hasan ABDUL RAHMAN menerima replika kunci dari Nazili Mahmood (dua dari kiri) dalam majlis penyerahan kenderaan utiliti bomba kepada Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Sungai Rambai di Balai Bomba dan Penyelamat Merlimau, Melaka, semalam. Utusan/NURSURAYA ZULKIFLI​

JASIN 13 Ogos - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka bercadang memperluaskan penubuhan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) di peringkat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di negeri ini mulai tahun depan.

Pengarahnya, Nazili Mahmood berkata, cadangan penubuhan tersebut bagi membudayakan pe-ranan kebombaan dalam institusi masyarakat sebagai agensi bertindak terawal atau ‘first responder’ untuk menghadapi situasi kecemasan sementara menunggu bantuan pihak bomba.

Menurutnya, sehingga kini terdapat tujuh pasukan di negeri ini melibatkan sebanyak 273 orang terdiri antaranya PBS Batang Tiga, PBS Sungai Rambai, PBS Kuala Sungai Baru, PBS Lubok China dan PBS Paya Mengkuang.

“Penubuhan pasukan ini dilihat mampu meningkatkan kesedaran orang ramai tentang bahaya kebakaran dan langkah-langkah yang boleh diambil sekiranya berlaku kejadian tidak diingin di kawasan sekeliling mereka.

“Kita akan membawa cadangan ini kepada pengurusan tertinggi bagi merealisasikan penubuhan PBS di peringkat JKKK kerana ia merupakan satu platform terbaik dalam membudayakan ilmu kebombaan dalam kalangan masyarakat di kampung,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Perhimpunan Bulan Ogos JBPM Melaka 2015 di Balai Bomba dan Penyelamat Merlimau di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan Usahawan negeri, Datuk Hasan Abdul Rahman; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Datuk Roslan Ahmad serta Timbalan Pengarah JPBM negeri, Sohaimi Mohamed.

Pada majlis itu, JPBM negeri menyerahkan kenderaan utiliti bomba kepada PBS Sungai Rambai menerusi Hasan yang merupakan Penasihat pasukan berkenaan.

Menurut Nazili, sembilan pegawai bomba menerima kenaikan pangkat daripada KB19 kepada KB22 pada majlis tersebut.

Sementara itu, Hasan berkata, beliau akan membawa cadangan tersebut di peringkat kerajaan negeri dan seterusnya ke peringkat Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah serta Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

“Kita akan memberikan latihan asas memadam kebakaran dan menyelamat serta ilmu kebombaan yang lain di peringkat JKKK menerusi pengerusi JKKK di kawasan masing-masing dengan kerjasama pihak bomba.

“Selain itu setiap JKKK akan dibekalkan hos paip dan alat membuka pili bagi memberi respons awal untuk membantu memadam kebakaran sementara menunggu pihak bomba dan jika tindakan awal dilakukan kita lihat lebih banyak harta benda dapat diselamatkan,” katanya.
 
Jkkk sibuk ngan projek je..xde mase nk layan
 
Back
Top
Log in Register