BTC USD 81,559.4 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Peranan Director

director ade byk...
yg mne 1..??

saya ada buka start-up bisnes servis, ada team yang kecil, dari segi pengurusan syarikat, apa director kena buat ? kekadang terlampau banyak fikir mana satu kena buat dulu.nak bagi arahan bagai. harap-harap faham #:-S
 
Bro director ni klu untk few company ade beberape orang diretor,
each director tu ade incharge utk department masing-masing.

klu handle operation, semua operation company merangkumi company product.
klu business development director merangkumi semua aktiviti marketing, penbangunan produk dan semua director-director ini akan report pada ketua director iaitu managing director....
 
Salam, boleh berkongsi, apakah peranan sebagai seorang director syarikat ? :)secara general.thanks

Pengarah2 syarikat selalunya dilantik oleh pemilik/pemegang2 saham.
Mereka dipertanggungjawabkan oleh pemilik/pemegang saham untuk pastikan syarikat beroperasi dengan betul.
Tugas pengarah selalunya ialah tentukan polisi dan halatuju syarikat, pilih atau buang CEO, luluskan bajet, tentukan gaji pekerja dsb. Pengarah tak bikin kerje hari2, cuma perlu datang mesyuarat lembaga pengarah sekali2 untuk luluskan/bangkang perkara2 yang CEO/syarikat mahukan. Cuma Managing Director atau Director yang dilantik jadi CEO/CFO yang bikin kerje hari2 di samping menjadi pengarah.
Kalau syarikat terang2 melanggar undang2, yang pertama masuk jel ialah pengarah2, bukan pekerja.
Pengerusi lembaga pengarah dipilih dari kalangan pengarah, oleh sesama pengarah.
 
director - pengarah...menentukan halatuju syarikat...nk lingkup ka nak bangkrap ka kerja director huhuhu
 
Pengarah2 syarikat selalunya dilantik oleh pemilik/pemegang2 saham.
Mereka dipertanggungjawabkan oleh pemilik/pemegang saham untuk pastikan syarikat beroperasi dengan betul.
Tugas pengarah selalunya ialah tentukan polisi dan halatuju syarikat, pilih atau buang CEO, luluskan bajet, tentukan gaji pekerja dsb. Pengarah tak bikin kerje hari2, cuma perlu datang mesyuarat lembaga pengarah sekali2 untuk luluskan/bangkang perkara2 yang CEO/syarikat mahukan. Cuma Managing Director atau Director yang dilantik jadi CEO/CFO yang bikin kerje hari2 di samping menjadi pengarah.
Kalau syarikat terang2 melanggar undang2, yang pertama masuk jel ialah pengarah2, bukan pekerja.
Pengerusi lembaga pengarah dipilih dari kalangan pengarah, oleh sesama pengarah.

MD ngan CEO sama je...
yg ade kuasa keatas diorg ni BOD, president & chairman...
MD british, CEO american...
BOD = suma direktor/shareholder
Chairman = pengerusi kpd BOD
President = mcm chairman, bg yg byk anak syarikat lain
MD/CEO = run company
 
wahh nice sharing. kalau dari segi human resource lak , urusan pekerja, itu tugas CEO ataupun admin lain ?
 
MD ngan CEO sama je...
yg ade kuasa keatas diorg ni BOD, president & chairman...
MD british, CEO american...
BOD = suma direktor/shareholder
Chairman = pengerusi kpd BOD
President = mcm chairman, bg yg byk anak syarikat lain
MD/CEO = run company

MD ngan CEO tak semestinya sama bro.
Managing Director dah tentunya pengarah.
Tapi CEO tak semestinya pengarah.

Apa2hal nampaknya TT merujuk kepada syarikat kecil2 sdn bhd yang ada sikit je pekerja. Dalam hal tu, dialah pengarah, ceo, cfo, tukang pembersih dsb. Senang cakap, kaulah segalanya :D
 
Yep, betul tu.

Tambah sikit:
1. Pengarah jaga kepentingan pemilik saham syarikat dan juga bertanggungjawab atas "statutory duties" sebuah syarikat. Misalan, kalau company tak bayar caruman EPF pekerja, pengarah akan dikenakan tindakan.
2. Pengarah tak semestinya pekerja syarikat. Yang ni digelar Non-Executive Director.
3. Pengarah yang juga pekerja, yang ni Executive Director. MD tu executive director.
 
Back
Top
Log in Register