BTC USD 60,726.8 Gold USD 4,341.84
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Peramugari Terlampau

TT x nk update apa2 ke..
kosong je thread dri tahun 2013..

kut2 nk update ttg..
isu di bawah..

Berikutan itu pada 11 Disember lalu, seorang senator telah mengusulkan cadangan kepada kerajaan untuk mengubah kod pemakaian bagi kru penerbangan Malaysia supaya ianya bertepatan dengan piawaian syariah.

Senator Datuk Hanafi Mamat menyifatkan langkah memperkenalkan peraturan pakaian yang mematuhi syariah ini tidak akan merugikan syarikat penerbangan kerana kualiti sesebuah penerbangan adalah terletak pada perkhidmatan yang diberikan..
dari surat khabar mana ye
terimakasih, updated
 
PETALING JAYA: Sebarang langkah mengubah pakaian seragam anak kapal syarikat penerbangan supaya ia mematuhi kehendak Islam hanya boleh dilakukan melalui syarikat baharu yang terikat dengan pengawasan kualiti menurut syariah, kata persatuan mewakili pramugara dan anak kapal.

Kesatuan Kebangsaan Anak-Anak Kapal Kabin Malaysia (Nufam) mengulas cadangan seorang senator Umno supaya kerajaan melaksanakan peraturan bertudung sebagai memenuhi peraturan Islam di kalangan anak kapal wanita di negara ini.

Bagaimanapun, Nufam berkata gesaan seperti itu tidak wajar dan menyalahi amalan memberikan kebebasan kepada kakitangan.

“Janganlah kita kacau atau mengganggu apa yang sudah ada,” kata kesatuan itu dalam kenyataan.

“Kalau benar mana-mana pihak mahu mencadang isu bertudung ini, kami rasa baik buka satu syarikat yang baru berkonsep syariah terus.”

Senator Dewan Negara dari Umno, Datuk Hanafi Mamat berkata cadangannya itu tidak akan merugikan syarikat penerbangan kerana kualiti sesebuah penerbangan bergantung kepada perkhidmatan ditawarkan.

Menurut Nufam, apa yang diamalkan hari ini tidak boleh diubah kerana syarikat ditubuhkan atas konsep berlainan.

Sebaliknya, ia berkata sekiranya wujud tuntutan seperti itu, kerajaan boleh meluluskan lesen untuk syarikat penerbangan baharu.

“Mungkin kerajaan boleh meluluskan lesen secepat mungkin kerana ia juga boleh memberi peluang pekerjaan kepada ramai wanita yang mahu bertudung,” katanya.

Nufam turut mengingatkan sebarang langkah mewajibkan pemakaian tudung di kalangan kru wanita bermakna melanggar hak individu.

Katanya, kemahuan sesetengah pekerja wanita untuk bertudung bukan sesuatu yang perlu diperbesarkan.

“Biarlah pakaian tudung itu juga bersesuaian dengan tempat kerja juga,” katanya.

Gesaan bertudung oleh Hanafi merupakan rentetan daripada pelbagai gesaan segelintir pihak supaya industri penerbangan Malaysia berubah kepada dasar patuh syariah.

Sebelum ini, PAS dan beberapa pertubuhan Islam mencadangkan Malaysia Airlines berhenti menghidang arak di atas pesawat.

Gesaan itu menerima reaksi berbeza pelbagai pihak, dan ditolak Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

“Pelaksanaannya merupakan keputusan syarikat penerbangan masing-masing,” katanya dalam jawapan kepada wakil rakyat PAS di Dewan Rakyat pada Ogos lalu.

http://www.freemalaysiatoday.com/ca...patuh-syariah-tubuh-syarikat-lain-kata-nufam/


btw.. apa yg TT nk cdngkan nih x mendapatpersetujuan dri NUFAM..
 
Last edited:
majoriti populasi Malaysia ni Islam, ketua2 pun islam, top management pun Islam, ditambah pula pelbagai jabatan dan agensi bertujuan utk memperkasakan Islam, klau nk yang menepati syariah mesti boleh buat,

Pepatah melayu, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih,

Firman Allah s.w.t: “Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam).”
 
majoriti populasi Malaysia ni Islam, ketua2 pun islam, top management pun Islam, ditambah pula pelbagai jabatan dan agensi bertujuan utk memperkasakan Islam, klau nk yang menepati syariah mesti boleh buat,

Pepatah melayu, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih,

Firman Allah s.w.t: “Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam).”

sependapat dengan tuan.

kalau nak seribu daya dan usaha sanggup digemblengkan utk buat sesuatu tu jadi, to make it happen
tapi kalau dah taknak tu, ada je alasannya.
kita cakap gini, diorang konar ke sana. kita cakap gitu, diorang konar ke lain..
 
majoriti populasi Malaysia ni Islam, ketua2 pun islam, top management pun Islam, ditambah pula pelbagai jabatan dan agensi bertujuan utk memperkasakan Islam, klau nk yang menepati syariah mesti boleh buat,

Pepatah melayu, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih,

Firman Allah s.w.t: “Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam).”

Setuju 120%.. kalau hendak seribu daya, tak mau 1000000 dalih..
 
xyah citer pramugari la tt..jalan kat mall shopping complex..naik bas..komuter..kat mana2 je seksi seksa tu semua ada..yg kena kuat tu iman dan semangat..klau pempuan tlanjang depan kita klau ingat Tuhan..bykkan mengucap..tahan hati..pahala dapat..jgn je mgucap tapi mata melihat..nafsu bergolak..tu semua dari diri sendiri
 
Back
Top
Log in Register