BTC USD 60,690.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Peralihan kuasa lebih awal

afiqnan

Fun Poster
Messages
454
Joined
Oct 9, 2007
Messages
454
Reaction score
0
Points
10
Perhimpunan Agung Umno, pemilihan ditunda Mac 2009


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dijangka meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada Mac tahun depan, kira-kira 15 bulan lebih awal daripada tarikh peralihan kuasa pada Jun 2010 seperti dijadualkan sebelum ini.

Tanpa menyatakan dengan jelas tarikh sebenar beliau akan melepaskan jawatan, Perdana Menteri, pada sidang media selepas mesyuarat khas Majlis Tertinggi (MT) Umno semalam, membayangkan pelan peralihan kuasa yang diumumkannya Julai lalu mungkin berubah.

Abdullah juga berkata, beliau akan mengumumkan sama ada mempertahankan jawatan Presiden Umno atau sebaliknya sebelum mesyuarat perwakilan bahagian bermula 9 Oktober ini.

“Bertanding atau tidak, (itu) keputusan saya. Anda boleh terus meneka tetapi keputusan muktamadnya milik saya.” katanya pada sidang media ringkas sejurus selepas selesai mempengerusikan mesyuarat itu yang berlangsung kira-kira sejam di Menara Datuk Onn, di sini.

Sebelum mesyuarat khas itu, Abdullah mengadakan perbincangan empat mata dengan timbalannya, Datuk Seri Najib Razak selama kira-kira 20 minit. Bagaimanapun, butiran perbincangan itu tidak diperoleh.

Ditanya mengenai pelan peralihan kuasa yang diumumkannya pada Julai lalu di mana Najib dijadualkan mengambil alih kepemimpinan pada 2010, Abdullah berkata: “Kalau sudah dipercepatkan, tidak timbullah (pelan peralihan) 2010 itu”.

Mengikut pelan peralihan kuasa itu, Abdullah dan Najib masing-masing akan mempertahankan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno pada pemilihan parti yang dijadual diadakan sempena perhimpunan agung Disember ini.

Bagaimanapun, Mesyuarat khas MT semalam memutuskan untuk menangguhkan perhimpunan agung dan pemilihan parti itu kepada Mac tahun depan bagi melicinkan proses peralihan kuasa lebih awal.

Mesyuarat semalam juga memutuskan supaya mesyuarat Bahagian Umno diteruskan mengikut jadual mulai 9 Oktober hingga 9 November ini. Pemilihan Umno sudah ditangguhkan 12 bulan sejak September 2007 bagi membolehkan parti membuat persiapan bagi menghadapi pilihan raya umum pada 8 Mac lalu.

Diminta menjelaskan maksud melicinkan proses peralihan kuasa lebih awal, Abdullah berkata: “Ia untuk membuat penyerahan apa juga yang diperlukan... peraturan apa yang hendak saya laksanakan nanti, apa juga. Ini akan diputuskan antara saya dan Najib.”

Berhubung keputusan tidak menangguhkan mesyuarat Umno bahagian, Abdullah berkata sebarang perubahan tarikh akan membawa kesusahan dan tidak membawa kebaikan tambahan.

“Kalau ditangguhkan nanti tentu membabitkan prosedur lain dan menyusahkan. Semua bahagian akan bermesyuarat seperti biasa. Ada bahagian yang sudah menetapkan tarikh,” katanya.

Abdullah berkata, mesyuarat MT semalam juga sebulat suara meluluskan keputusan menangguhkan perhimpunan agung dan pemilihan parti, malah beliau tidak menerima sebarang tekanan daripada ahli MT untuk mempercepatkan peralihan kuasa.

“Tiada sebab MT mahu desak (peralihan kuasa dipercepat) sebab mereka tahu hubungan saya dengan Datuk Seri Najib sangat baik dan apa-apa pun, kami ada persefahaman. Jadi, tiada masalah mengenai perkara ini,” katanya.

Ditanya jika beliau sedia berkorban demi parti jika ia menuntutnya melepaskan jawatan yang disandangnya, Abdullah berkata, beliau sentiasa sayangkan Umno walaupun dalam keadaan yang sangat mencabar.

“Saya tidak pernah tinggalkan parti, saya tidak sertai Umno 46 (Semangat 46). Saya tidak pernah sertai parti lain, juga tidak pernah berada dalam platform pembangkang atau menghentam Umno,” katanya.

Sementara itu, Abdullah turut menafikan desas-desus kononnya beliau akan bercuti selepas ini.

“Saya akan bercuti? Macam mana anda tahu? Tidak... saya tidak akan bercuti kerana saya masih ada banyak kerja untuk dibuat,” katanya.

Apa pendapat kawan2....
 
nampaknya dia dah sedar sikit yg ramai org x suka kat dia.. :D:D
 
paklah akan berundur secara terhormat
bg mengelakkan imej seorg Presiden
dr dimalukan akibat dr x dpt pencalonan...
 
paklah akan berundur secara terhormat
bg mengelakkan imej seorg Presiden
dr dimalukan akibat dr x dpt pencalonan...

hadiah hari raya kot..
KJ x nak undur dgn hormat jugak ker..
sebut paklah x sah kalau x de KJ..
 
copy & paste

Apa kena mengena proses peralihan kuasa dengan menunda tarikh Perhimpunan Agong UMNO ni…? Kalau nak cepatkan peralihan kuasa pun kenapa mesti tunda PAU? Susahlah macam ni. Kalau tunda PAU tapi umumkan serentak bila nak main alih-alih ni nampaklah rasional disebalik penundaan tarikh PAU ni.

Buat keputusan tunda persidangan tapi masih berteka-teki tentang tarikh peralihan kuasa. Jadi apa guna ketetapan Mesyuarat Khas MKT untuk tangguh persidangan kalau status kisah peralihan kuasa tu sama saja dengan status sebelum mesyuarat….masih juga sama-samar. Malulah kita kat ahli UMNO. Malu dengan rakyat dah tak boleh nak cakap macam mana dah….tak tau nak letak muka kat mana…Buat pertama kali saya endorse, memang sahlah orang cakap flip-flop.
 
mane ler tahu lps mac 09 dier kate ditangguhkan plak... bkn boleh caya pak lah nih. ckp x serupa bikin
 
Back
Top
Log in Register