combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,177
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,177
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Pengerusi Jawatankuasa Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri Perak Teh Kok Lim
Kerajaan Perak terus memperkukuh usaha pemeliharaan alam sekitar apabila berjaya mewartakan 887.24 hektar Hutan Simpanan Kekal (HSK) baharu setakat bulan lepas.
Pengerusi Jawatankuasa Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Teh Kok Lim berkata pewartaan itu menjadikan keluasan keseluruhan HSK Negeri Perak mencecah 988,412.84 hektar.
“Pewartaan HSK yang baharu dinamakan sebagai Hutan Simpan Ulu Slim di Daerah Hutan Perak Selatan seluas 846.36 hektar dan Hutan Simpan Bakau Kuala Gula seluas 40.88 hektar di Daerah Hutan Larut dan Matang.
“Bagi mengukuhkan pengurusan hutan di Hutan Simpan Bakau Kuala Gula, Jabatan Perhutanan Negeri Perak telah menyediakan Pelan Pengurusan Hutan Simpan Kuala Gula bagi tempoh 2026 hingga 2030,” katanya ketika menggulung perbahasan Enakmen Perbekalan 2026, pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di sini hari ini.
Beliau berkata Jabatan Perhutanan Perak bersama pelbagai agensi kerajaan, badan bukan kerajaan, institusi pengajian tinggi serta masyarakat setempat komited dalam melaksanakan Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.
Teh berkata usaha itu bertujuan untuk meningkatkan kawasan berhutan di Perak dan setakat bulan lepas, 11.27 juta pokok berjaya ditanam di seluruh negeri ini, melebihi sasaran tanaman, iaitu sebanyak 10 juta pokok hingga hujung tahun ini.
“Selain itu, SIRIM QAS International Sdn. Bhd. telah melaksanakan audit pemantauan bagi pengurusan hutan secara berkekalan [MC&I (SFM)] pada Sept 2025. Hasil pengauditan berkenaan mendapati pensijilan pengurusan hutan di Perak dikekalkan hingga 31 Mei 2029.
“Pengekalan pensijilan ini membuktikan HSK di Perak telah diurus di bawah Sistem Pengurusan Hutan Secara Berkekalan dan mengikut amalan piawaian antarabangsa,” katanya.
Sementara itu, beliau berkata wakil Kerajaan Belanda juga telah melaksanakan lawatan kerja Program untuk Pengesahan Pensijilan Hutan (PEFC) dan Jawatankuasa Penilaian Perolehan Perkayuan (TPAC) bagi menilai pensijilan pengurusan hutan secara lestari di Malaysia pada Februari lepas.
Perak Warta 887.24 Hektar Hutan Simpan Kekal Baharu - Exco
Teh Kok Lim, Hutan Simpanan Kekal, alam sekitar, J