BTC USD 63,083.7 Gold USD 4,327.97
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Peragut Panik Masuk Lubang

myroadtax.com

CG Top Poster Club
gem
Messages
25,906
Paid Membership
Joined
Feb 12, 2014
Messages
25,906
Reaction score
585
Points
161
xpix_gal1,qharianmetro.pagespeed.ic.mFeHWyLaSv.jpg


Kuala Lumpur: “Tolong selamatkan saya.” Itu jeritan lelaki berusia 28 tahun selepas terperangkap dalam lubang di Sungai Klang berhampiran Pasar Seni di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 12.15 tengah hari, lelaki berasal dari Pekan, Pahang itu dilaporkan terjun ke dalam sungai berkenaan untuk bersembunyi apabila dikejar orang ramai selepas meragut beg tangan milik seorang wanita berusia 35 tahun juga kakitangan sebuah bank di kawasan berkenaan.

Menurut sumber, suspek menjerit meminta pertolongan daripada mangsa dan beberapa orang awam lain bagi membantu mengeluarkannya daripada lubang berkenaan selepas kakinya tersangkut. Suspek dilaporkan panik apabila air sungai berkenaan tiba-tiba naik mendadak.

“Mangsa yang bersimpati dengan nasib penjenayah terbabit segera menghubungi polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sebelum usaha mengeluarkan lelaki terbabit dilakukan. Usaha mengeluarkannya mengambil masa sejam sebelum lelaki terbabit terus ditahan polis,” katanya.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad ketika dihubungi berkata, kejadian berlaku apabila suspek meragut beg tangan mangsa yang berjalan bersama rakan di Lebuh Pasar Besar, di sini.

Sumber: http://www.hmetro.com.my/articles/Peragutpanikdalamlubang//Article?BeritaUtama

Kalau aku ler... biarkan je peragut tu mati lemas. Badan sasa pun takleh lepaskan diri. Kalau aku jadi mangsa... duduk bercangkung gelak-gelak sambil tonyoh-tonyoh kepala dia... :D:)):eek:
 
boh penyepak tobat best
 
pelik ni.. kata terjun lubang... tapi cam ne pakai tangga lak.
 
itu la harap badan saja sasa. pergi la buah kerja kontrak ke
 
Mangsa yang bersimpati dengan nasib penjenayah terbabit segera menghubungi polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sebelum usaha mengeluarkan lelaki terbabit dilakukan. Usaha mengeluarkannya mengambil masa sejam sebelum lelaki terbabit terus ditahan polis,” katanya.

memang best akak nie...boley lagi simpati ngan orang yang ragut dier #:-S:)cgrock
 
gi join indon angkat simen pun dapat juga duit
 
gambar tak tally dng cerita.
jatuh lubang tapi turun tangga.
 
konon badan sasa tapi lari bila kena kejar... klau sasa sangat dok la lawan ngan org ramai yg kejor tu nengok sapa mkn pasir...
 
Back
Top
Log in Register