eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
GOMBAK: Kumpulan penjenayah ragut bermotosikal yang berkeliaran mencari mangsa sekitar daerah ini dikesan mengubah suai motosikal menggunakan ekzos khas lebih senyap bagi mengelakkan kehadiran mereka disedari mangsa.
Perbuatan itu didedahkan mangsa diugut dua peragut selepas mendakwa tidak menyedari kehadiran suspek muncul di belakangnya.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Ani berkata, dalam kejadian kira-kira jam 12.30 malam, Rabu minggu lalu, dia baru pulang dari bekerja meletakkan kenderaan di tepi lorong sebelah rumahnya di Jalan Sg 9/5, Taman Sri Gombak.
Menurutnya, dia yang turun dari kereta terkejut apabila dihampiri dua lelaki berusia lingkungan 20-an.
“Saya langsung tidak mendengar sebarang bunyi sedangkan dua lelaki berkenaan menaiki motosikal berwarna merah dari arah lorong sunyi berhampiran.
“Kedua-dua lelaki berkenaan mengeluarkan dua parang dari bakul motosikal sebelum mengacukannya ke arah leher saya sambil memberi amaran ‘nak mati atau nak bagi duit?,” katanya.
Menurutnya, dia yang tergamam dengan tindakan suspek berdiri tegak tanpa melawan sebelum penjenayah meraba tubuhnya.