BTC USD 64,916.1 Gold USD 4,448.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Peragut beg kena belasah

poor_guy

Fun Poster
Messages
998
Joined
Jun 18, 2008
Messages
998
Reaction score
4
Points
15
KOTA BHARU: Cubaan nekad seorang peragut berbasikal bertopeng muka merampas beg tangan suri rumah dalam kereta di lampu isyarat Jalan Kuala Krai di sini, petang semalam, berakhir apabila dia ditangkap dan dibelasah orang ramai yang mengejarnya

Dalam kejadian jam 4.20 petang di depan pejabat Berita Harian di sini, suspek dikejar dan ditangkap orang ramai apabila terperangkap di kompleks Jabatan Kerja Raya (JKR) Kelantan, kira-kira 100 meter dari tempat dia meragut beg tangan Norazita Md Noor, 36, yang berisi wang tunai dan barang kemas.

Orang ramai terpaksa bergelut untuk menahan lelaki itu sebelum menyerahkannya kepada dua anggota Unit Kereta Peronda Polis Kota Bharu yang kebetulan berhenti meninjau keadaan tegang di tempat kejadian
 
ni misti bdk rempit junior...........alamak fail btl la........
 
dier igt laju sgt dgn basikal dier tu gaknyer.. superbasikal...
 
adeh...
x dek otak gak ek...
 
Back
Top
Log in Register