BTC USD 81,900.6 Gold USD 4,170.84
Time now: Jun 1, 12:00 AM

peraduan menamakan MPV baru Proton...

aku pun join gak .. aku namakan proton sakti ... geng2 makhal sakti ... semua org menghrpkn keajaiban dlm keadaan politik dan ekonomi yg tidak menentu sekrg ni .. begitu jugalah keta pun .. manatau bole save byk ke ..
 
Proton terima 251,000 nama MPV

PROTON Holdings Bhd menerima lebih 251,000 penyertaan bagi peraduan 'Menamakan MPV Proton' apabila ia ditutup pada tengah malam Selasa lalu.

Peraduan yang dilancarkan 8 September lalu, menerima kira-kira 11,000 penyertaan sehari, kata Proton dalam kenyataan semalam.

Peraduan itu, yang dibuka kepada warga Malaysia berumur 18 tahun ke atas, membenarkan penyertaan dibuat menerusi SMS dan secara dalam talian di laman web Proton.

Proton menjelaskan, sebahagian daripada pendapatan menerusi penyertaan secara SMS itu akan disumbangkan kepada badan kebajikan.

Peraduan itu, sama seperti dilakukan bagi kereta pertamanya � SAGA, adalah sebahagian usaha Proton bagi membolehkan rakyat Malaysia menamakan MPV itu serta menjadi sebahagian daripada sejarah 23 tahun syarikat itu.

Pemenang hadiah utama akan menerima Proton MPV, manakala dua pemenang kedua berpeluang mendapatkan perjalanan untuk dua orang melawat ke kilang Lotus United Kingdom, bernilai kira-kira RM15,000.

Proton melantik juruaudit profesional untuk mengaudit proses pemilihan bagi memastikan ketelusan dan integriti. Pemenang akan dimaklumkan bulan ini.

MPV itu yang dijadual dipasarkan Mac tahun depan, direka khusus untuk keselesaan pemanduan keluarga dengan ruang kaki dan bagasi lebih besar.

Pengarah Urusan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata peraduan itu adalah cara Proton berkongsi keterujaan syarikat dengan semua rakyat Malaysia menerusi produk terbarunya.


p/s :: banyaknya penyertaan.....:o:o:o
 
Kena masuk nama berunsur keislaman global kat dalam nama kereta proton .. Proton Hijrah ..boleh la bawak kereta tu berhijrah ngan keluarga
 
proton korokmu...tingkatkan kualiti yang lama dulu baru bikin baru
 
Back
Top
Log in Register