BTC USD 86,003.0 Gold USD 4,333.54
Time now: Jun 1, 12:00 AM

News Penyesuai USB-C ke Lightning Apple berharga RM159

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,591
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,591
Reaction score
7,740
Points
916
Selain pelancaran produk-produk utama, Apple turut memperkenalkan jajan-jajan kecil yang hadir bersama produk-produk baharu Apple. Salah satu yang menarik, mungkin kelakar, adalah penyesuai USB-C kepada Lightning. Seperti yang anda tahu, iPhone 15 akhirnya menyisihkan jek Lightning untuk digantikan kepada USB-C dan untuk membolehkan pengguna yang ada kabel Lightning sedia ada, mereka perlu dapatkan penyesuai.
230913-apple-usbc-adapter.jpg
1694585818601.png


Penyesuai berwarna putih yang hanya tukarkan 1 jek USB-C kepada 1 jek Lightning disenaraikan dalam laman rasmi Apple pada harga RM159. Memang harganya premium, tapi ia berikan rasa lega kerana ini adalah produk rasmi dan menerima sokongan rasmi daripada pengeluarnya. Berdasarkan laman dokumentasi, penyesuai ini boleh menyalurkan sehingga 24W kuasa daripada pengecas dan boleh digunakan pada iPad dan iPhone. Daripada segi perpindahan data, ia mempunyai lebar jalur 480Mbps . Dalam majlis pelancaran 12 September 2023, Apple melancarkan iPhone 15 dan Apple Watch. Anda boleh baca lebih lanjut dalam pautan-pautan di bawah.

Sumber asal Apple
 
Back
Top
Log in Register