BTC USD 75,644.0 Gold USD 4,289.42
Time now: Jun 1, 12:00 AM

News Kerangka Ini Mengubah iPhone Lightning Menjadi USB-C

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,554
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,554
Reaction score
7,740
Points
916
Hanya satu kabel perlu dibawa untuk mengecas kesemua peranti di dalam beg. Bagi pengguna iPhone lama, mereka perlu menaik taraf ke model baharu jika ingin menggunakan USB-C. Ken Pillonel, seorang jurutera dari Switzerland menyelesaikan isu ini dengan menghasilkan kerangka penyesuai Lightning ke USB-C.

Apple-iphone-Lightning-USB-C-950x535.jpg


Beberapa tahun lalu beliau tular di media sosial kerana mengubahsuai iPhone dan AirPods dengan port Lightning menjadi peranti dengan port USB-C. Beliau menyedari untuk mengikuti langkah beliau, tidak ramai pemilik iPhone lama mempunyai kepakaran kejuruteraan dan elektronik. Kerangka iPh0n3 dihasilkan oleh beliau untuk siri iPhone 14 hinggalah ke iPhone XR.

Kerangka ini meletakkan port pengecas USB-C ke bucu bawah kanan. Lubang speaker, SIM, laras audio, butang kuasa dan butang lungsur membisukan iPhone masih boleh diakses. Pengecasan nirwayar juga tidak terjejas sekiranya kerangka ini digunakan. Kerangka iPh0n3 dijual menerusi laman peribadi Pillonel pada harga bermula CHF 43 (~RM 229) sebuah.​
 
Back
Top
Log in Register