Xploit Machine
CG Hardcore Club

- Messages
- 73,560
- Joined
- Nov 23, 2012
- Messages
- 73,560
- Reaction score
- 7,740
- Points
- 916
09.08.2023 - Langkah syarikat senarai awam untuk menyenaraikan anak syarikat perbankan Islam dilihat masih mencabar meskipun ia menyumbang sebahagian besar pembiayaan patuh syariah kepada perniagaan. Pengerusi Bursa Malaysia, Tan Sri Abdul Wahid Omar, berkata apabila subsidari disenaraikan secara berasingan, terdapat cabaran termasuk kehadiran pemegang saham minoriti dan isu urus niaga pihak ketiga.
“Maybank, CIMB, Public Bank dan RHB Bank dikategorikan sebagai konvensional walaupun sebahagian daripada perniagaan mereka kini patuh syariah. Maybank sebagai contoh, lebih 60% daripada jumlah pembiayaan mereka di Malaysia sudah mematuhi syariah. Dalam pendekatan biasa, kami ingin menggalakkan bank-bank ini untuk menyenaraikan subsidari perbankan Islam mereka tetapi ia akan menjadi satu cabaran kerana kebanyakan mereka beroperasi mengikut model leveraj. Ini bermakna perniagaan perbankan Islam mereka memanfaatkan rangkaian cawangan termasuk pengurusan,” katanya kepada pemberita pada Persidangan Pelaburan Syariah 2023 anjuran CGS-CIMB Securities Sdn Bhd hari ini.
Tambah beliau, pemain pasaran perlu meneliti lebih banyak instrumen ekuiti patuh syariah dalam sektor perkhidmatan kewangan.
“Sebelum ini saya pernah menyebut tentang penetapan sebahagian saham sebagai saham patuh syariah. Anda perlu asingkan pendapatan daripada operasi perbankan Islam sebagai sumber pembayaran dividen. Ia ialah sesuatu yang perlu diterokai lebih lanjut. Dengan kemajuan teknologi, nisbah ini boleh bertambah baik. Contohnya saiz pasaran Fintech Islam dijangka mencecah AS$179
bilion menjelang 2026 pada Kadar Pertumbuhan Tahunan Terkompaun (CAGR) sebanyak 17.9% yang merupakan lebih tinggi daripada 13.5% CAGR yang diunjurkan untuk keseluruhan industri Fintech global,” katanya.
Dalam pada itu, Ketua Pembangunan Pelabur Bursa Malaysia, Stephanie Tan berkata saiz pasaran modal Islam di Malaysia mencatat nilai RM2.34 trilion, mewakili 64.5% daripada jumlah keseluruhan pasaran modal negara setakat Jun 2023. Untuk itu, pelabur perlu pengambil peluang teknologi baharu ini dalam kewangan Islam.