BTC USD 63,182.0 Gold USD 4,475.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

penyelewengan kitab Injil

kapak

Legendary Member
gem
Messages
19,651
Joined
May 30, 2008
Messages
19,651
Reaction score
271
Points
141
Injil yang menjadi pegangan orang kristian sekarang ialah 4 kitab yang dikarang oleh mereka iaitu matta, marqash, luqa, dan yohana

injil matta (matteo)

dinisbahkan kepada seorang yang bernama matta iaitu salah seorang dari 12 hawariyyin ( sahabat nabi Isa ).
sebelum mengikuti nabi Isa, beliau berkhidmat dengan kerajaan Rom sebagai pemungut cukai dan akhirnya menjadi pengikut yang setia.

ketika Allah mengangkat nabi Isa, matta telah mengembara bagi menyebarkan agama sehingga beliau menetap di Habsyah dan dibunuh oleh raja Habsyah antara tahun 62-70 masihi.

kebanyakan pendeta kristian berpendapat, matta menulis injil yg dinamakan dgn namanya dalam bahasa ibrani selepas 4 tahun ketiadaan nabi isa.

mereka bersepakat bahawa injil matta yg pertama dijumpai ialah terjemahannya dalam bahasa yunani. Manakala naskhah asalnya tidak dijumpai .

sehingga kini mereka tidak boleh membuktikan dimana naskhah asalnya dan siapa penterjemahnya.

Injil Luqa

Pengarangnya bernama Luqa, iaitu murid kepada Paul. Paul tidak pernah bertemu dengan Nabi Isa dan tidak pernah mendengar pengajaran daripadanya. Maka jauh sekali muridnya yang bernama Luqa ini untuk menerima riwayat yang sebenar dari Nabi Isa.

Paul merupakan seorang yahudi yang pernah menindas pengikut Nabi Isa. Kemudian mengubah cara dengan menganut agama kristian dan mendakwa menerima seruan ghaib.

Sebenarnya beliau seorang yang bertanggungjawab memesongkan agama Allah yang diwahyukan kepada Nabi Isa.

Pendeta kristian bersepakat mengatakan bahawa injil Luqa yang asal dalam bahasa Yunani ditulis oleh Luqa. Tetapi kedudukan beliau sebagai murid yang setia kepada seorang yang sesat iaitu Paul sudah cukup kuat bagi kita menolak kitab karangannya.

Injil Marqas

Nama asal pengarangnya ialah Yohana tetapi beliau digelar Marqas. Beliau bukan dari golongan Hawariyyin. Beliau merupakan seorang Yahudi, anak saudara kepada Barnaba yang merupakan salah seorang Hawariyyin.

Beliau juga pengikut Paul yang dianggap mujahid agama kristian (sebenarnya seorang pengkhianat yang memesongkan ajaran Nabi Isa a.s. )

Marqas juga mengembara untuk menyebarkan agamanya. Beliau akhirnya menetap di mesir, kemudian dipenjara, diseksa dan akhirnya dibunuh.

Para pendeta bertelingkah bagi menentukan siapa penulis injil MArqas yang asal, iaitu dalam bahasa yunani. Ada yang mengatakan penulisnya ialah gurunya tetapi dinamakan dengan nama muridnya. Ada yang mengatakan marqas sendiri yang menulisnya selepas meninggalkan gurunya.

Injil Yohana

Yohana bin Zabdi merupakan seorang Hawariyyin yang amat dikasihi oleh Nabi Isa. Beliau telah dibuang negeri oleh kerajaan di zamannya, kemudian kembali ke Apyus dan meninggal dunia di sana kerana sakit tua.

Sebahagian besar pengkaji agama kristian di kalangan orang-orang kristian menafikan bahawa injil yang dinisbahkan kepada yohana itu dikarang oleh yohana bin zabdi. Penafian ini berlaku dikalangan pendeta abad kedua masihi.

Salah seorang dari kalangan mereka yang bernama Istadln pernah menegaskan bahawa injil Yohana adalah hasil ciptaan para pelajar agama kristian di iskandariah.

Hasil kajian 500 pengkaji kristian, injil Yohana tiada kena mengena dengan Yohana bin Zabdi, sahabat nabi Isa tersebut.

Dalam injil yohana, terdapat penyelewengan akidah yang besar iaitu menganggap adanya sifat ketuhanan dalam diri Nabi Isa.

Injil Barnaba

Injil barnaba tidak diiktiraf oleh orang Kristian. Pope Klasius, ketua agama yang pertama dilantik dalam tahun 492 masihi telah mengeluarkan senarai kitab-kitab yang diharamkan. Antaranya ialah kitab Barnaba ini.

Injil Barnaba merupakan satu-satunya Injil yang hampir-hampir sama dengan kitab Injil yang asal. Terdapat tuduhan mengatakan kitab ini dicipta oleh orang Islam. Bagaimana ianya dicipta oleh orang Islam, padahal orang kristian mengisytihar kitab ini haram semasa Nabi Muhammad belum dilahirkan lagi.

Menurut sejarah kristian, pernah diadakan persidangan kristian antarabangsa yang dianjurkan oleh kerajaan Rom, sebelum kelahiran NAbi Muhammad, yang dihadiri oleh 2048 orang wakil dari seluruh dunia.

Dalam persidangan itu, berlaku perselisihan dalam kedudukan Nabi Isa. Ada yang mengatakan tuhan atau anak tuhan, dan ada yang mengatakan Isa hanyalah manusia biasa. Tetapi pendapat yang mengatakan Nabi Isa itu tuhan mendapat sokongan kerajaan Rom. Kitab-kitab yang sebenar diharamkan. Ulama-ulama yang soleh menjadi buruan kerajaan.

sumber:
Kitab beriman kepada Malaikat dan Kitab
Hj Abdul Hadi Awang
 
Injil yang menjadi pegangan orang kristian sekarang ialah 4 kitab yang dikarang oleh mereka iaitu matta, marqash, luqa, dan yohana

injil matta (matteo)

dinisbahkan kepada seorang yang bernama matta iaitu salah seorang dari 12 hawariyyin ( sahabat nabi Isa ).
sebelum mengikuti nabi Isa, beliau berkhidmat dengan kerajaan Rom sebagai pemungut cukai dan akhirnya menjadi pengikut yang setia.

ketika Allah mengangkat nabi Isa, matta telah mengembara bagi menyebarkan agama sehingga beliau menetap di Habsyah dan dibunuh oleh raja Habsyah antara tahun 62-70 masihi.

kebanyakan pendeta kristian berpendapat, matta menulis injil yg dinamakan dgn namanya dalam bahasa ibrani selepas 4 tahun ketiadaan nabi isa.

mereka bersepakat bahawa injil matta yg pertama dijumpai ialah terjemahannya dalam bahasa yunani. Manakala naskhah asalnya tidak dijumpai .

sehingga kini mereka tidak boleh membuktikan dimana naskhah asalnya dan siapa penterjemahnya.

aku rasa matta/matteo /matius bukanlah kelompok hawariyyun.. jika benar atau sahih beliau dlm kelompok tersebut..sudah tentu bible dlm bahasa aramaik dan bukannya yunani .. ada pendapat mengatakan bahawa matius adalah anak murid ..ada juga yg claim sbg sahabat salah seorang ahli hawariyyun..

dan jika benar matius kelompok hawarriyun..sudah pasti terdapat persamaan atau kebenaran injil di dalam sebahagian ayat2 suci al Quran.
 
wallahu a'lam

sama macam injil yohana. beliau hawariyyun tetapi setelah org kristian kaji, kitab tu bukan dia yang tulis
 
wallahu a'lam

sama macam injil yohana. beliau hawariyyun tetapi setelah org kristian kaji, kitab tu bukan dia yang tulis

aku baru je selak bible cari matius cari ayat kontroversi dr matius.

Matius 9: 9-10

Kemudian, Yesus beredar dari situ.
Dalam perjalanannya, dia nampak seorang
lelaki bernama Matius yang sedang duduk di
tempat memungut cukai. Yesus berkata
kepadanya, “Jadilah pengikutku.” Maka
Matius pun berdiri lalu mengikutnya.
Semasa Yesus makan di rumah Matius,
ramai pemungut cukai dan pendosa datang
lalu makan bersama Yesus dan murid-
muridnya.

Jika ini benar karya dari matius seharusnya begini

Kemudian, Yesus beredar dari situ.
Dalam perjalanannya, dia nampak seorang
lelaki bernama AKU yang sedang duduk di
tempat memungut cukai. Yesus berkata
kepadanya, “Jadilah pengikutku.” Maka
AKU pun berdiri lalu mengikutnya.
Semasa Yesus makan di rumah AKU,
ramai pemungut cukai dan pendosa datang
lalu makan bersama Yesus dan murid-
muridnya.

nampak sangat lah menciplak dr karya seseorang yg mungkin nyer dia adalah kelompok hawariyyun yg sebenar.

wallahu a'lam.
 
Bukan menciplak.. mengikut pendapat sebahagian yg mengkaji perjanjian baru sememangnya kebanyakkan catatan adalah merujuk kepada pihak ketiga. Maksudnya bukan merupakan hasil catatan tangan jesus, bukan juga dari hawariyyun.. matius, lukas, markus,berbeza sedikit dengan paulus. Sebaliknya adalah merupakan hasil garapan pihak yang memerhatikan perbualan di antara jesus dan pengikutnya itu(hawariyyun). Disebabkan itu dapat dilihat di dalam catatan sebutan jesus dan pengikutnya matius digunakan, dan bukannya aku.

Bagaimanapun, perdebatan paling besar mengenai siapa yg menulis perjanjian baru adalah kerana tiada bukti jelas injil ditulis pada masa hidupnya jesus samada oleh jesus sendirinataupun melalui para hawariyyun. Segala catatan ditemui lewat beberapa masa selepas kematian jesus. Berbeza dengan al quran di mana kandungannya sudah direkodkan hanya melibatkan usaha mengkompilasikannya sahaja di kemudian hari.

Yang paling menarik sekali, walaupun keempat2 catatan tersebut dibukukan, terdapat penentangan dari segi kandungan walaupun merujuk kepada peristiwa dan kejadian yg sama(untuk lebih jelas lagi boleh merujuk kepada penerangan ahmad deedat di dalam buku dialognya).

Tapi secara overall, matius la yg dianggap paling sahih berbanding lain. Di mana dia adalah paling dekat dengan jesus berbanding lainnya.
 
nak bincang pasal kristian, kena ada org kristian yg berforum kat sini, baru jelas dan clear.

ini nak bincang pasal kristian, tapi org islam je yg berbincang, apa kejadahnya.

sama jugak, nk bincang pasal islam, yg berbincangnya adalah dikalangan org krsitian aje. apa super duper kejadahnya..??

jika ini berlaku spt dalam thread ini, aku rasa baik hentikan. ilmu tak berkembang dan syok sendiri. dan org kristian pun ketawa melihat anda yg berbincang disini.

just my 50 cent. nak teruskan jugak plz go ahead.
 
Last edited:
Tapi secara overall, matius la yg dianggap paling sahih berbanding lain. Di mana dia adalah paling dekat dengan jesus berbanding lainnya.

ketika nabi Isa as bersama murid2 nya membahagikan roti kepada org ramai..

matius 14: 21

Mereka yang makan berjumlah kira-kira
5,000 orang lelaki, tidak termasuk wanita dan
kanak-kanak.

matius 15: 38

Jumlah orang yang makan ialah 4,000
orang lelaki, tidak termasuk wanita dan
kanak-kanak.

jadi berapakah jumlah sebenar 5000 ke 4000 ?.. utk menjadikan ianya sahih..haruslah pada angka sama atau diulang.
 
nak bincang pasal kristian, kena ada org kristian yg berforum kat sini, baru jelas dan clear.

ini nak bincang pasal kristian, tapi org islam je yg berbincang, apa kejadahnya.

sama jugak, nk bincang pasal islam, yg berbincangnya adalah dikalangan org krsitian aje. apa super duper kejadahnya..??

jika ini berlaku spt dalam thread ini, aku rasa baik hentikan. ilmu tak berkembang dan syok sendiri. dan org kristian pun ketawa melihat anda yg berbincang disini.

just my 50 cent. nak teruskan jugak plz go ahead.

saja je nak kasi org kristian baca.. walaupun ada di antara nya xnak berdebat..yg penting..jelas di mana dia kebenaran.

ilmu yg ader kita share..jgn pulak mubaligh kristian hantam ilmu islam kiter nnt x reti nak jawab..kwang kwang kwang :)paid
 
nak bincang pasal kristian, kena ada org kristian yg berforum kat sini, baru jelas dan clear.

ini nak bincang pasal kristian, tapi org islam je yg berbincang, apa kejadahnya.

sama jugak, nk bincang pasal islam, yg berbincangnya adalah dikalangan org krsitian aje. apa super duper kejadahnya..??

jika ini berlaku spt dalam thread ini, aku rasa baik hentikan. ilmu tak berkembang dan syok sendiri. dan org kristian pun ketawa melihat anda yg berbincang disini.

just my 50 cent. nak teruskan jugak plz go ahead.

ye.. forum ni bebas sape saje nak komen tak kira agama
setakat ni orang islam je yang komen
takkan nak paksa orang kristian nak mari komen plk :">:">
 
sebelum kaji injil ni, dah kaji al quran ke belum
 
Back
Top
Log in Register