oldtbone
Legendary Member

- Messages
- 17,323
- Joined
- May 25, 2012
- Messages
- 17,323
- Reaction score
- 3,695
- Points
- 191
kurang bijak..kawad cam sng nak kantoi..gedebe
Follow along with the video below to see how to install our site as a web app on your home screen.
Note: This feature may not be available in some browsers.








Lelaki ditahan kira-kira 24 jam selepas mencuri
KANGAR 20 Julai - Kira-kira 24 jam selepas mencuri wang tunai RM130 dari sebuah kedai serbaneka di Simpang Empat dekat sini, kelmarin, suspek berjaya diberkas polis semalam.
Suspek yang berusia 22 tahun dan positif ujian urin itu ketika ditahan, dikesan turut mempunyai empat rekod jenayah lampau.
Polis turut merampas sebilah pisau Rambo yang dipercayai digunakan untuk tujuan menyamun itu.
Kes-kes jenayah lampau tersebut ialah di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1957; Seksyen 148 Kanun Keseksaan (KK); Seksyen 506 KK/323 KK dan Seksyen 427 KK/506 KK.
Kesemua kes tersebut dilakukan di kawasan Simpang Empat.
Dalam kes terbaharu, suspek yang direman tujuh hari bermula hari ini disiasat mengikut Seksyen 392/397 KK.
Ketua Polis daerah, Superintenden Wari Kiew ketika dihubungi hari ini mengesahkan penahanan reman itu. - UTUSAN ONLINE


Kalau kena x berbaloi.. dpt Rm130 je.. cehhh..
Sat ja kene cekup
Kalau nak duit keje atau biz la jangan jadi lagunie
Kalau tak dak langsung duit
Pi try keje hotel
Saya dulu habis spm keje hotel
Letih tapi seronok
Makan makanan hotel sedap sedap ngan dapat duit
Memori zaman silam sampai lani ingat
Masa tue member sunyi tak dak sapa teman
Saya ikut dia
Lani camna member tue lost kontek plak
Rindu teringat zaman tak dak duit