BTC USD 59,524.0 Gold USD 4,322.41
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penyamun solo RM130

Yul-Minho

Legendary Member
gem
Messages
15,946
Joined
Jul 23, 2012
Messages
15,946
Reaction score
1,172
Points
201
rompak_hiasan_cropped_1500353522.jpg

gambar fail rompakan di kedai serbaneka

KEDAI serbaneka 24 jam di Simpang Empat, Kangar, di sini, disamun seorang lelaki jam 3.30 pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew berkata, ketika kejadian itu, dua kakitangan berusia 20 dan 25 tahun yang sedang menyusun air didatangi seorang lelaki memakai baju panas berhud berwarna hijau pudar dan menutup mukanya dengan sarung tangan.

"Suspek kemudian mengacu 'pisau rambo' kepada mangsa berusia 20 tahun dan mengarahkannya supaya tidak membuat bising sebelum menariknya ke bahagian kaunter bagi mengeluarkan wang tunai di dalam laci.

"Mangsa yang terkejut dengan tindakan suspek hanya menuruti arahan dan menyerahkan wang tunai RM130 yang berada di dalam laci kaunter," katanya.

Wari berkata, selepas meneliti rakaman terbabit, tidak sampai seminit yang diperlukan suspek untuk merompak mangsa sebelum beredar dengan menaiki motosikal jenis Honda EX5 yang diletakkan berhampiran kedai berkenaan.

"Kita percaya suspek bertindak bersendirian ketika menyamun kedai terbabit dan pihak polis masih meneliti rakaman kamera litae tertutup (CCTV) kedai berkenaan bagi mengecam suspek," katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/07/245604/penyamun-solo-rm130
 
Lelaki ditahan kira-kira 24 jam selepas mencuri

Lelaki ditahan kira-kira 24 jam selepas mencuri

image.jpg

SEORANG lelaki Melayu berumur 22 tahun di bawa ke mahkamah untuk mendapat perintah tahanan reman
selama tujuh hari bermula hari ini berkaitan kes samun di Kompleks Mahkamah Kangar hari ini. - UTUSAN


MUHAMAD IQBAL ROSLI
Sharilfuddin Saari
20 Julai 2017 1:39 PM


KANGAR 20 Julai - Kira-kira 24 jam selepas mencuri wang tunai RM130 dari sebuah kedai serbaneka di Simpang Empat dekat sini, kelmarin, suspek berjaya diberkas polis semalam.

Suspek yang berusia 22 tahun dan positif ujian urin itu ketika ditahan, dikesan turut mempunyai empat rekod jenayah lampau.

Polis turut merampas sebilah pisau Rambo yang dipercayai digunakan untuk tujuan menyamun itu.

Kes-kes jenayah lampau tersebut ialah di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1957; Seksyen 148 Kanun Keseksaan (KK); Seksyen 506 KK/323 KK dan Seksyen 427 KK/506 KK.

Kesemua kes tersebut dilakukan di kawasan Simpang Empat.

Dalam kes terbaharu, suspek yang direman tujuh hari bermula hari ini disiasat mengikut Seksyen 392/397 KK.

Ketua Polis daerah, Superintenden Wari Kiew ketika dihubungi hari ini mengesahkan penahanan reman itu. - UTUSAN ONLINE



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/jen...24-jam-selepas-mencuri-1.505168#ixzz4nM007eW1
© Utusan Melayu (M) Bhd

selalunya penyamun 7e akan balas rokok sekali.
kali ni xamik plak
 
klu kena tgkap, kena belasah mmg x berbaloi dgn jumlah tu..
 
Kalau kena x berbaloi.. dpt Rm130 je.. cehhh..
 
Back
Top
Log in Register