BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penyamun putih mata

Luqmanul Hakim

CG Top Poster Club
gem
Messages
23,318
Joined
Mar 17, 2010
Messages
23,318
Reaction score
4,848
Points
196
Penyamun putih mata


pix_middle

SIASAT... pengawai polis dan pegawai dari syarikat kewangan
melihat mesin deposit wang yang diumpil oleh penjenayah.​


SHAH ALAM: Seorang penyamun berputih mata apabila gagal menyamun sebuah mesin deposit tunai (CDM) di sebuah pasar raya terkemuka di Kota Kemuning, di sini, awal pagi semalam.

Kejadian dipercayai berlaku jam 2 pagi selepas suspek masuk ke premis berkenaan namun tidak berjaya melarikan wang tunai kerana gagal membuka CDM itu sebelum melarikan diri.


Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian jam 7.50 pagi daripada seorang pengawal keselamatan yang kebetulan lalu di tempat kejadian.

Katanya, polis bergegas ke tempat kejadian dan mendapati pintu mesin berkenaan mempunyai kesan umpilan.


“Hasil siasatan awal mendapati suspek menggunakan alat pemotong besi untuk membuka pintu mesin tetapi gagal membuka tempat simpanan wang.


“Suspek kemudian membatalkan niat untuk menyamun dan meninggalkan mesin begitu saja selain bimbang perbuatannya diketahui pengawal keselamatan bertugas,” katanya.

Zahedi berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut dan akan meneliti kamera litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan.


“Kita akan meneliti keadaan sebelum dan selepas kejadian menerusi CCTV bagi mengenal pasti dalang di sebalik kejadian ini.

“Setakat ini tiada tangkapan dibuat dan polis akan menyiasat kejadian terbabit daripada segala aspek,” katanya.


Menurut Zahedi, kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan (KK) kerana mencuri di dalam bangunan.


Sementara itu, seorang pekerja premis berhampiran yang enggan dikenali berkata, beliau dimaklumkan mengenai kejadian oleh pihak bank, jam 9 pagi.


Katanya, selepas dimaklumkan mengenai kejadian itu, seorang pekerja wanita datang untuk membuka kedai jam 9 pagi sebelum ternampak pintu mesin deposit tunai terbuka dengan kesan umpil.





sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Penyamunputihmata/Article/artikelMA
 
apa punya penyamun da...:D:D:D
 
Jangan dok cabar penyamun tu,nanti dia marah dan cari idea baru untuk menyamun...
 
dok blajar atm dummy jenis lain, terompak atm fesyen lain..
 
Back
Top
Log in Register