BTC USD 60,523.8 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penuntut IPT rugi RM5,000

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
KUALA ROMPIN – Gara-gara tidak mengunci pintu bilik asrama ketika sedang nyenyak tidur, seramai enam penuntut di sebuah pusat pengajian tinggi di Muadzam Shah terpaksa ‘berputih mata’ apabila kerugian lebih RM5,000.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Johari Jahaya berkata, kejadian antara jam 4 hingga 6 pagi Jumaat lalu itu berlaku di dua bilik asrama berasingan ketika semua mangsa sedang lena tidur.

Menurutnya, suspek dipercayai melakukan kegiatan itu di sebuah bilik aras bawah dan sebuah lagi bilik di tingkat satu blok asrama sama setelah mendapati terdapat beberapa barangan berharga diletakkan di atas meja.

“Kecuaian mereka menutup pintu asrama membuka ruang kepada pencuri untuk masuk ke dalam bilik dengan lebih mudah hingga menyebabkan beberapa barangan berharga serta wang berjaya dikebas,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian pada Majlis Sambutan Hari Polis ke-205 di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), di sini.

Johari berkata, antara barangan berharga yang hilang dalam kejadian itu termasuklah dua komputer riba, lima telefon bimbit pelbagai jenama, modem jalur lebar dan RM150.

“Suspek dipercayai mengambil kesempatan masuk ke dalam bilik asrama ketika semua mangsa sedang nyenyak tidur pada awal pagi,” katanya.

Beliau berkata, polis masih memburu suspek untuk membantu siasatan dan tidak menolak kemungkinan ia dilakukan penuntut di situ memandangkan tiada pihak luar dikesan masuk ke kawasan asrama pada awal pagi terbabit.

“Bagaimanapun, polis masih menjalankan siasatan lanjut dan berharap semua penuntut lebih berhati-hati selepas ini memandangkan terdapat kes curi di kawasan asrama tersebut,” katanya.\

Johari berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan (KK) yang membawa hukuman penjara selama 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/pahang/penuntut-ipt-rugi-rm5-000-1.35377
 
aku ada experience mcm nie dulu masa study..semua laptop + HP hilang total RM8K ..tak termasuk bilik2 yg lain...aku yg wat report polis ..polis dtg terhegeh2 action lebih siap wat lawak..apa punya polis daaa
 
kena hati-hati dengan kos sara hidup makin naik
 
hm..universiti mana ye? :-?
 
ak pernah kene mcm ni... dia ambik duit je.. beg dia tnggal.. bagus pencuri ni..
 
kat UPM ni pun sejak 2 menjak ni kes curik berleluasa....dengo2 pencuri hulur tangan je dr tingkap yg x ditutup hehe tp mmg bergayut la kat luar tu haha
 
yg x g kunci watpe?? aku dlu rumah sewa tdo purse letak dalam poket
 
Back
Top
Log in Register