TXT
CG Super Hardcore Club






- Messages
- 459,502
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 459,502
- Reaction score
- 38,197
- Points
- 2,836
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Razmi Mohd Gunnos. - NSTP/Imran Makhzan
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, penuntut wanita berusia 23 tahun berkenaan berada di sebuah studio di IPT berkenaan sebelum didatangi seorang lelaki dikenali bersama tiga rakan lelakinya.
Sumber berkata, suspek yang juga penuntut di IPT sama didakwa memaki hamun mangsa sebelum mengugut mengupah orang untuk merogolnya sambil menunjukkan isyarat lucah.
Katanya, mangsa yang terkejut dengan tindakan suspek memalukannya di hadapan orang ramai menegur perbuatan lelaki itu sebelum sekali lagi diugut akan dibelasah sehingga mati.
“Suspek dipercayai bertindak sedemikian kerana tidak berpuas hati dengan mangsa yang dikatakan memberi maklumat kepada pihak IPT dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mengenai pembabitannya dengan dadah.
“Suspek juga dikatakan memburukkan mangsa di hadapan pensyarah dan rakan sekelas mangsa.
“Susulan kejadian itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Gong Badak semalam untuk tindakan lanjut,” katanya.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Razmi Mohd Gunnos, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.
Penuntut diugut rogol, bunuh
KUALA TERENGGANU: Seorang penuntut institut pengajian tinggi (IPT) dibelenggu ketakutan selepas diugut akan dirogol dan dipukul sehingga mati di sebuah pusat pengajian di Kuala Nerus, Khamis lalu.