BTC USD 60,554.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penuntut dikhuatiri lemas

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

image.jpg

Nelayan turut bersama-sama dalam usaha menyelamat mencari mangsa


PELABUHAN KLANG - Kegembiraan 13 penuntut di sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) menghabiskan masa hujung minggu dengan aktiviti memancing ikan di kelong Jeti Telok Gong, di sini berakhir tragedi apabila salah seorang daripada mereka hilang, semalam.Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang, Shahrin Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kira-kira jam 10.45 pagi selepas mangsa didapati hilang.Menurutnya, seramai 13 anggota bomba bersama dua anggota polis marin memulakan operasi mencari dan menyelamat pada jam 2.30 petang, malah operasi turut dibantu 16 nelayan.“Operasi terpaksa dihentikan pada jam 7 malam kerana keadaan laut yang bergelora selain cuaca gelap.“Sehingga kini, kami masih belum menemui sebarang petanda awal yang membawa kepada penemuan mangsa dan operasi akan diteruskan seawal jam 8 pagi esok (hari ini).Shahrin berkata, maklumat yang diterima daripada rakan mangsa memberitahu, mangsa adalah warga Nigeria dikenali sebagai Gbanamasi Kassim, 25.“Mereka penuntut di sebuah berada di kelong tersebut sejak malam tadi (semalam) sebelum dijadualkan pulang pada pagi itu.“Mereka terdengar suara minta tolong dari arah belakang kelong sebelum mendapati mangsa tidak berpaut pada apa-apa dan dalam keadaan tercungap-cungap.“Usaha mereka menghulurkan pelampung keselamatan tidak sampai kerana arus deras telah membawa mangsa lebih jauh sebelum hilang,” katanya.Sementara itu, Pengerusi Persatuan Nelayan Telok Gong, Saharuddin Abdul Rahman, 43, berkata, kejadian tersebut adalah kejadian kali pertama setelah jeti dan kelong ini dibuka kira-kira lima tahun lalu.

“Mereka yang ingin memancing di kawasan ini juga dibekalkan dengan pakaian keselamatan,” katanya.
 
Back
Top
Log in Register