BTC USD 76,429.8 Gold USD 4,306.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penumpang LRT jalan kaki di landasan, perkhidmatan tergendala 4 jam

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,716
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,716
Reaction score
97
Points
80
Flash-Singa.jpg

SEJUMLAH penumpang berjalan di tepi landasan. - Foto Tangkap Layar/The Online Citizen

SINGAPURA – Penumpang tren Transit Aliran Ringan (LRT) terpaksa berjalan kaki di tepi landasan susulan gangguan bekalan elektrik di laluan LRT Sengkang-Punggol, Singapura semalam, lapor saluran  berita MediaCorp.

Kejadian berlaku selang tiga hari selepas gangguan perkhidmatan di LRT Sengkang-Punggol dan Laluan Timur Laut (NEL) pada Selasa lalu.

Perkhidmatan LRT Sengkang-Punggol itu bagaimanapun disambung semula sepenuhnya sekitar empat jam selepas ia mengalami gangguan bekalan elektrik.

Gangguan  itu menyebabkan perkhidmatan LRT laluan tersebut tergendala pagi semalam.

Akhbar  Berita Harian Singapura memetik Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan SBS Transit, Jeffrey Sim sebagai berkata, masalah itu bermula sekitar pukul 8.40 pagi yang menjejaskan semua 29 stesen di laluan tersebut.

Beliau berkata, laporan awal mendapati kerosakan kabel antara dua stesen telah menyebabkan tenaga elektrik di rangkaian LRT tersebut terputus, mengakibatkan 10 kereta api terhenti di landasan. – AGENSI

 
Back
Top
Log in Register