hiduprakyat
CG Top Poster Club

- Messages
- 26,253
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 26,253
- Reaction score
- 1,660
- Points
- 201
Penumpang bas cedera dibaling botol
Singapura: Seorang lelaki ditahan kerana disyaki membaling botol ke arah sebuah bas menyebabkan tingkapnya pecah dan mencederakan seorang penumpang wanita.
Polis pada 8 Julai lalu memaklumkan, pihaknya menerima panggilan di Orchard Road jam 6.50 petang pada 5 Julai lalu.
Berdasarkan siasatan awal, lelaki berusia 38 tahun itu didakwa membaling botol kaca ke arah tingkap sebuah bas daripada laluan pejalan kaki.
Berikutan itu, seorang wanita berusia 57 tahun yang berada di dalam bas berkenaan cedera selepas tingkap bas pecah dan dibawa ke Hospital Raffles.
The Straits Times pada 6 Julai melaporkan kejadian itu membabitkan perkhidmatan SMRT 190.
Polis dari Balai Polis Tanglin berjaya mengenal pasti lelaki terbabit dan menahannya pada 8 Julai.
Selain itu, seorang remaja lelaki berusia 18 tahun yang bersamanya turut ditahan bagi membantu dalam siasatan.
Lelaki itu akan didakwa di mahkamah hari ini atas kesalahan melakukan perbuatan cuai yang menyebabkan kecederaan.
Jika didapati bersalah, lelaki terbabit boleh dikenakan hukuman penjara sehingga satu tahun atau denda sehingga $5,000 (RM16,597.03) atau kedua-duanya.
Artikel : Harian Metro