Assalamualaikum semua.....
Saya dah 2-3 bulan juga mengikuti forum ini...tapi tak register2 pun...baru hari ni nak register...hehe...
Bg saya amat menarik perbincangan di sini. Di samping menambah ilmu, boleh juga kenalpasti peluang2 yg ada. Jadi tanpa membuang masa...biar saya perkenalkan diri dulu...saya Hafiz.
Utk pengetahuan semua, group saya ni baru je menjalankan projek penternakan lintah ini iaitu dlm bulan Oktober 2007. Kami ambil masa selama 5 bulan untuk kaji pasaran dan peluang yg ada di samping menghadiri berbagai kursus sama ada secara formal mahupun tidak formal. Banyak yang kami belajar daripada pelintah terdahulu. Dan dari masa ke semasa kami juga membuat beberapa kajian sendiri tentang cara pembiakan dan pengawalseliaan yg efisien dan menguntungkan.
Kami memulakan projek dengan 20 kolam yg dibangunkan secara berperingkat di Taiping. Dlm masa 3 bulan kami berjaya menyiapkan 20 kolam tersebut...alhamdulillah. Daripada projek pertama ini, byk yg kami belajar dari kesilapan tetapi kami berjaya mengatasinya secara perlahan-lahan. Seperti kebanyakan pelintah, kami juga mempunyai pasaran secara contract farming dengan beberapa syarikat.
Permintaan dan sambutan yg menggalakkan telah membuatkan kami mengambil keputusan untuk melebarkan projek ini dengan penambahan kolam di tapak kedua di Kedah. Sebanyak 20 kolam lagi telah dibina dan dengan strategi pemasaran (biasa-biasa aje)....kami berjaya untuk membekalkan lintah2 kepada yg berminat.
Dalam pada masa yg sama juga, oleh kerana mendapat sambutan, kami telah membuka tapak ketiga di Kedah juga untuk menampung permintaan. Sebanyak 50 buah kolam dirancang untuk pembinaan.
Sehingga kini, setelah hampir setahun bekerja keras, kini kami amat bersyukur kerana mempunyai kira-kira 90 buah kolam yg fully operational. Dijangka pada bulan Ogos 2008 ini, kolam-kolam kami akan berupaya untuk mengeluarkan (harvest) kira-kira 100,000 ekor seminggu.
Pada masa ini, mmg diakui bekalan lintah adalah terhad. Insya Allah dengan adanya kolam2 kami ini, diharap dpt menyelamatkan industri lintah yg ada di Malaysia ini.
Apa-apa update akan saya share bersama nanti.
Sekarang ni tgh sibuk prepare utk eksport. Info-info lain bolehlah email saya personally atau lawat laman web bawah signature saya tu.
Sekian, terima kasih.