BTC USD 63,766.0 Gold USD 4,461.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penoreh getah kena peluru sesat

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
image.jpg

Abd Aziz duduk menenangkan diri selepas terkena peluru sesat, semalam

KUALA PILAH - Seorang penoreh getah cedera di mata dan rusuk kiri akibat terkena peluru sesat, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 9 pagi itu, mangsa, Abd Aziz Jaafar, 48, yang cedera parah dihantar penduduk kampung ke Klinik Kesihatan Padang Lebar sebelum dikejarkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), di sini.

Mangsa berasal dari Kampung Padang Lebar dikatakan masuk ke kebun getah itu untuk memikat ayam hutan.

Menurut penduduk kampung yang enggan dikenali, mangsa masuk sendirian di hutan yang jaraknya kira-kira 300 meter saja dari belakang rumahnya.

“Tidak berapa lama kemudian, saya terdengar bunyi letupan. Saya ingatkan bunyi mercun menyebabkan saya tidak ambil peduli tentang bunyi itu.

“Tapi, tidak berapa lama kemudian, saya lihat beberapa penduduk kampung kecoh dan berlari ke lokasi kejadian. Saya difahamkan mangsa sempat menghubungi salah seorang penduduk kampung untuk membantu membawanya ke klinik," katanya.

Menurutnya, dia melihat mangsa dalam keadaan berlumuran darah di bahagian muka, bagaimanapun masih sedarkan diri.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Azmi Abdul Rahim berkata, mangsa dipercayai ditembak menggunakan peluru penabur dari short gun.

“Mangsa cedera parah di bahagian mata dan sisi badan kirinya. Bagaimanapun, keadaannya stabil.

"Hasil siasatan mendapati, arah tembakan dipercayai dari sebelah kiri mangsa," katanya.

Beliau bagaimanapun berkata, belum ada tangkapan setakat ini dan polis sedang mencari pihak bertanggungjawab.

"Polis sedang menyiasat tujuan suspek ke lokasi kejadian serta sama ada individu itu memiliki lesen senjata api yang sah atau tidak,” katanya.

Azmi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 37 Akta Senjata 1960 kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata api tanpa sebab.

“Jika sabit kesalahan, boleh membawa hukuman penjara dua tahun atau denda tidak melebihi RM5000,” katanya.


http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/penoreh-getah-kena-peluru-sesat-1.325327
 
aku pernah sampai kat padang lebar ni.... padang bola sungguh lebar tapi penuh lembu... klinik kesihatan ni atas bukit sikit.. pesakit dia sorang aja sehari....

Tempat dia betul2 kampung RARE, perjalan naik kereta 20km dari batu kikir...
 
siapa pula yg menembak tu....kesian laaa tak pasal2 kena peluru sesat...

semoga segera sembuh
 
Ni nk tembak vabi hutan.. guna peluru penabur
 
kt kg byk dh pistol angin ni. tembak ayam hutan
 
nie nama dia penembak tu perangai serupa b*bi.. ang masuk kawasan estet tengok kiri kanan la baru buat keja..
 
aku pernah sampai kat padang lebar ni.... padang bola sungguh lebar tapi penuh lembu... klinik kesihatan ni atas bukit sikit.. pesakit dia sorang aja sehari....

Tempat dia betul2 kampung RARE, perjalan naik kereta 20km dari batu kikir...

best lah staff kkm kerja kat situ :))
 
Back
Top
Log in Register