BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Fiber Penjual Sah Maxis Fibre Senaraikan Harga Langganan Baharu, Serendah RM89/100Mbps

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,560
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,560
Reaction score
7,740
Points
916
Sejajar dengan pengumuman TM mengenai harga langganan baharu pada minggu lepas, dijangkakan kelak lebih banyak penyedia perkhidmatan internet (ISP) lain akan melakukan perkara yang sama. Kini, penjual sah Maxis Fibre telah menyenaraikan pelan langganan internet tetap di bawah harga baharu.

Sekurang-kurangnya empat laman web penjual sah Maxis menyenaraikan pelan langganan 100Mbps pada harga serendah RM89/sebulan. Sementara pelan 300Mbps dan 500Mbps masing-masing berharga RM129 dan RM149 sebulan. Bagi pelan langganan 800Mbps, ianya kini berharga RM249/bulan.

Maxis_1.png


Harga berkenaan adalah selepas potongan rebat RM10 (kecuali pelan 800Mbps), yang diberikan kepada pengguna baharu Maxis selama 24 bulan.

Maxis_2.png


Bagi pelanggan sedia ada, pelan 100Mbps, 300Mbps dan 500Mbps masing-masing diturunkan pada harga baharu iaitu RM99, RM139 dan RM159 sebulan. Sebelum ini, pelan berkenaan masing-masing berharga RM129, RM149 dan RM219 sebulan.

Bagaimanapun, mengambil kira Maxis masih belum mengeluarkan apa-apa pengumuman rasmi berhubung perkara ini, terdapat kemungkinan penyenaraian pelan langganan dengan harga baharu tidak atau kurang tepat. Dengan itu, nantikan pengumuman rasmi daripada Maxis kelak.

Sumber asal Maxis Authorised Reseller (1, 2, 3, 4)
 
Back
Top
Log in Register