TXT
CG Super Hardcore Club






- Messages
- 459,502
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 459,502
- Reaction score
- 38,198
- Points
- 2,836
Kenderaan suspek yang berjaya dihalang MPV polis, dalam kejadian itu
Suspek yang cedera telah dibawa ke Hospital Banting untuk mendapatkan rawatan
BANTING - Sekumpulan penjenayah merempuh kereta peronda (MPV) polis ketika cubaan meloloskan diri gagal dalam kejadian di Jalan Bunga Pekan, di sini, pagi tadi
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, dalam kejadian kira-kira jam 8.15 pagi itu, empat suspek berusia lingkungan 20 hingga 30-an menaiki kereta jenis Honda Civic berwarna kelabu terserempak dengan pasukan peronda Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat
Menurutnya, suspek diarahkan berhenti oleh polis, namun enggan berbuat demikian sebelum memecut laju kenderaannya
"Beberapa MPV datang bantu mengejar suspek sebelum suspek merempuh dua buah kereta MPV polis sebelum terbabas dan melanggar bangunan dinding kedai dan MPV berjaya menghimpit kereta suspek
“Empat suspek cuba melarikan diri dan salah seorang daripada mereka bertindak agresif sebelum tembakan dilepaskan dan mengenai pada kaki kanan dan bahagian bahu,” katanya
Fadzil berkata, semua suspek berjaya ditahan dan pemeriksaan pada kenderaan suspek telah menjumpai peralatan hisap dadah serta peralatan pecah rumah
Katanya, suspek yang cedera dibawa ke Hospital Banting untuk mendapatkan rawatan
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, kesemua suspek yang berasal dari Johor memiliki rekod lampau bersabit dadah
“Malah siasatan kenderaan suspek juga didapati menggunakan nombor pendaftaran palsu,” katanya
Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan
http://www.sinarharian.com.my/jenayah/penjenayah-rempuh-mpv-polis-ditembak-1.837844