saudara en kuhik
saya rasa en kuhik ini masih kurang faham dalam perjalanan sistem ini.
1. cuba en kuhik semak dlam web takaful ikhlas,bahagian imat ada menyatakan bahawa portion medical kad tidak termasuk dalam company benefit. ini bermakna wang yang dibayar itu diberi terus kepada third party untuk pergi melabur bagi menjana income bagi menamoung kos rawatan yang begitu besar
terima kasih atas pertanyaan lanjut en.mohdamin..hmm...
first of all, kenyataan warna biru adalah betul, dan kenyataan warna merah adalah salah. memang betul portion medical card tidak dimasukkan ke dalam company benefit sebab ia ia adalah 100% tabarru', dan akan masuk ke dalam akaun Ta'awun. dan ia tidak bermakna ia akan terus diberi kepada 3rd party seperti yang didakwa oleh en.mohdamin. sekali lagi saya menjelaskan bahawa segala kos perubatan adalah ditanggung sepenuhnya 100% oleh Takaful IKHLAS, bukan oleh 3rd Party. 3rd Party hanya menerima wang upah kerja-kerja teknikal sahaja. en.mohdamin tak perlu membuat andaian-andaian sebegitu di sini.
2. konsep tabbaru masih samar dalam takaful ikhlas berkenaaan dengan bahagian medical. Saya perlu tegaskan disini PRUBSN TAKAFUL adalah konsep terbaik kerana walaupun portion tabbaru dalam medical kad ada tetapi duit itu akan dilaburkan. lebihan dan keuntungan daripada tabbaru itu akan dipulangkan semula kepada akaun pelanggan.seperti lebihan RM600k tahun lepas ini baru konsep bantu membantu.
memang masih samar sebab en.mohdamin yang sendiri masih belum faham. en.mohdamin perlu lebih jelas bahawa Medical Card oleh PruBSN tertakluk di bawah Takaful Keluarga, dan Medical Card Takaful IKHLAS tertakluk di bawah Takaful AM. kedua-dua jenis Takaful ini sangat berbeza sama sekali baik dari segi sistem dan aktanya. of course apa jua pelan dari Takaful Keluarga memberi lebih keuntungan dari segi simpanan dan pelaburan sebab ia memang konsep macam tu, tetapi tidak untuk Takaful AM yang bukan berkonsep memberi keuntungan pelaburan/simpanan. TI juga mempunyai lebihan dari Takaful Keluarga, adakah ia juga dianggap konsep membantu?
3.setiap rider ada portian bahagian keuntungan customer. seperti pembahagian 40% tahun pertama hingga 100% pada tahun ketujuh dana dilaburkan untuk membeli unit saham.
yup, ini benar. tapi setiap Takaful berbeza dia punya pembahagian allocation tabarru' dan savings. contohnya Takaful Malaysia, allocation untuk savingsnya lebih tinggi pada tahun pertama dan berkurangan tahun berikutnya. lain pula Takaful Nasional, allocation untuk tabarru' tahun pertamanya ialah 100% dan berkurangan pada tahun berikutnya. dan sama seperti PruBSN seperti yang dinyatakan oleh en.mohdamin. nisbah allocation oleh ketiga-tiga operator Takaful tersebut adalah fixed. berbeza dengan Takaful IKHLAS di mana allocation tabarru/savings adalah sentiasa berubah mengikut nilai sumbangan peserta.
dan perlu diingatkan PruBSN hanya memiliki produk dari Investment-Linked sahaja manakala Takaful IKHLAS memiliki pelbagai produk dari produk tradisional dan juga Investment-Linked. mungkin en.mohdamin kena kaji dulu jenis-jenis produk tu dan apa bezanya. dan satu lagi, tak perlu bias terhadap satu-satu produk yer
4.ini yang paling penting bahagian medical kad. gerenti/ automatik renewal hingga berumur 70 tahun tanpa exclusion. dalam takaful ikhlas ada disebut renewal up to 70 tetapi sekiranya ada sebarang exclusion itu bergantung kepada syarikat. sila semak balik dalam wsite.
yup, im very aware dengan kenyataan tersebut. ini boleh dikatakan kelebihan dan juga kelemahan kepada IMAT itu sendiri. kalau kita lihat secara sepintas lalu, bahawa TI boleh menamatkan produk itu bila-bila masa ikut sukahati makbapak dia aja, betul tak? dan perkara inilah yang sentiasa diekploitasi dalam kelas-kelas PruBSN

(several i guess)
tapi en.mohdamin kena melihat dari sudut yang lain, bahawa Takaful IKHLAS tahu bahawa TI masih baru dan nak cuba dalam bidang industri medical card ini. kita tidak boleh memberi jaminan 100% bahawa kad yang baru ini boleh berjaya atau tidak. kalau en.mohdamin belajar strategi pasaran, sesebuah produk insurans dalam tempoh 1-2 tahun pertama boleh dikatakan testing produk. kita amik contoh beberapa produk TI yang lain kebanyakan pada kemunculan awalnya tiada menyediakan rider. tapi selepas 1-2 tahun, barulah TI upgrade pelan tersebut dan meletakkan rider pada pelan tersebut. so, mungkin pada tahun ini TI meletakkan syarat berkenaan sebab TI berhati-hati dalam industri Medical Card ini. well at least TI berterus-terang sejak awal lagik daripada menyorok perkara tersebut.
jika kamu membandingkan PruBSN yang memiliki pengalaman dari Prudential Konvensional, itu satu perbandingan yang tidak tepat. mungkin en.mohdamin cuba cari camner Prudential UK yang baru first year beroperasi dengan Medical Card dulu..adakah diorang memberi jaminan seperti jaminan mereka pada hari ini? perbandingan pengalaman 80 tahun dengan pengalaman 1 tahun, bukankah agak keterlaluan?
apa-apa pun, kalau en.mohdamin dah tengok brochure or website mengenai IMAT, sepatutnya en.mohdamin
"Anda perlu meyakinkan diri anda bahawa pelan ini dapat memenuhi keperluan anda dengan sebaiknya dan bahawa sumbangan yang perlu dibuat dibawah pelan ini merupakan amaun yang mampu anda carum"
so, ia kembali kepada kehendak pengguna itu sendiri. jika pengguna yakin bahawa TI mampu penuhi keperluannya walaupun dengan Medical Card yang baru, maka ia tidak menjadi satu masalah. akan tetapi, jika ia tidak yakin, maka ia boleh jumpa en.mohdamin untuk dapatkan nasihat mengenai Medical Card PruBSN
5. ko insuran tidak penting sebeb elaun hospital sehingga 400 sehari dah lebih dan buat profit
adakah dengan pelan RM100 or RM150 sebulan boleh memberikan elaun hospital RM400 sehari? agak-agak orang miskin boleh amik?
tolong jelas perkara di atas.
semoga penjelasan saya mampu membuatkan en.mohdamin lebih jelas mengenai industri ini.
Hanya Dia lebih mengetahui..
Regards,
KuHiK