BTC USD 81,759.6 Gold USD 4,093.68
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penjelasan dari DSAI

Mesti la Yakin...sampai sekarang PEMBUKTIAN dari TOTOK PR hanyalah berdasarkan andaian..

nak buka BUKTI sama badan kehakiman malaysia yang terbukti JELAS pro BN... hancur lah PR.. ingat PR ni boodoooh mcm malaun umno ANDAIkan..

hihi.gif
 
siasat lah
klu salah SIAT sekali dsai tuh
baru pencaai umno dan malaun2 umno puas hati...

yang patut di lakukan ialah MEMBUKTIKAN bahawa mahakamah dan polis itu adil, NAJIB wajib dipanggel dalam kes altantuya, waji disiasat since namanya sudah terSEBUT... bila mana najib tidak disiasat, badan kehakiman masih dicurigakan...

hihi.gif


Kes terbaru DS Anwar bakal menguji kewarasan seluruh rakyat Malaysia. Bagaimana untuk dicari kebenaran dalam fitnah dan kekeliruan yang membanjiri pemikiran rakyat kini?

Siapa yang paling banyak meledakkan tuduhan demi tuduhan untuk santapan rakyat setiap hari? Siapa yang melatah? Siapa yang paling takut menghadapi realiti dari palitan tuduhan yang dikenakan? DS Anwar? DS Najib?

Siapa yang kelihatan begitu bersungguh-sungguh untuk mempertahankan diri? Siapa yang kelihatan paling gelabah? Siapa yang cuba lari dari isu sebenar? Siapa yang berusaha keras menimbunkan tuduhan-tuduhan baru untuk menutupi tuduhan dan isu pokok sebenar?

Strategi menutup isu liwat dimulakan dengan isu keselamatan nyawa dari ancaman bunuh. Bagi menggambarkan betapa nyawa sedang dalam bahaya, kedutaan asing digunakan kononnya untuk mengelak dari ancaman bunuh. Kenapa tidak berlindung di rumah MB Selangor yang sudah tentu selamat? Apa maksud tersirat? Fasa seterusnya, menggesa supaya jaminan keselamatan dari kerajaan diberikan sebagai syarat untuk keluar dari tabir kedutaan asing.

Jabatan Negara US tiba-tiba begitu prihatin dengan nasib DS Anwar dengan mengingatkan kerajaan jangan cuba membuat dakwaan yang bermotif politk.

Bagi menghalang pemerhatian rakyat tertumpu kepada isu liwat, didirikan pula benteng dan dipasang meriam buluh disekelilingnya hingga hingar bingar bunyi dentuman.

Dentuman pertama dituju tepat pada DS Najib dan isteri dengan harapan rakyat akan berfikir dan berspekulasi bahawa semua ini rancangan jahat DS Najib.

Dentuman ke-2 dituju pula kepada AG, IGP dan doktor perubatan. Tujuannya mudah difahami, iaitu untuk menimbulkan rasa ragu dan tidak percaya rakyat kepada institusi penyiasatan dan pendakwaan serta lapuran perubatan.

Pada perkiraan Anwar, bila rakyat sudah ragu, maka apa pun hasil siasatan polis, rakyat akan tolak mentah-mentah. Lapuran perubatan juga akan dipertikaikan rakyat dan telah dimanipulasi untuk mengenakan DS Anwar.

Akhir sekali rakyat akan buat kesimpulan sendiri bahawa pihak pendakwa telah bersubahat dengan pihak polis untuk menerima pakai lapuran siasatan yang direka-reka dan pihak hospital pula dituduh turut berkonspirasi memalsukan lapuran perubatan.

Modus operandi DS Anwar adalah supaya akhirnya rakyat akan membuat kesimpulan sendiri dengan mengenepikan awal-awal lagi keputusan yang bakal dibuat oleh mahkamah, seandainya keputusan itu tidak menyebelahinya.

Kalaulah rakyat rasional dan masih mengakui kredibiliti polis dan mahkamah, pasti DS Anwar sudah tidak dipandang walaupun sebelah mata sejak 10 tahun yang lalu. Itu sebab perkara pertama yang dilakukan oleh DS Anwar adalah mencari jalan bagaimana kesemua institusi yang terlibat dalam pengendalian kes ini dapat diletakkan 'keraguan' dipandangan mata rakyat!

Harapan Anwar, kalau rakyat sudah tidak percaya pada institusi ini maka apa juga yang bakal diputuskan semuanya bohong, rekaan dan berniat jahat. Rakyat pun yakin, semua ini dilakukan sebagai satu usaha terdesak musuh politiknya untuk menghalang kenaikan semula politik beliau dalam kancah politik negara, seterusnya menghalang beliau dari membentuk kerajaan.

Sasaran sebenar Anwar adalah memusnahkan karakter pemimpin yang bakal mengambil pimpinan negara kerana baginya hanya DS Najib saja dianggap sebagai benteng terakhir pimpinan UMNO yang boleh merencatkan cita-citanya untuk menjadi PM.

Apa macam? Lengkap tak pakej 'menutup dan mengalih' isu yang dilakukan oleh DS Anwar? Inilah perang psikologi DS Anwar yang gagal diatasi oleh pimpinan UMNO sejak 1998.

Kalau diimbas kembali tentu kita masih ingat propaganda dan tuduhan yang terbukti bohong seperti arahan Dr Mahathir mencucuk DS Anwar dengan kuman HIV, tuduhan memberi racun arsenik dan sandiwara sakit pinggang yang amat sangat. Biasanya bandage pinggang dulu baru dikenakan pakaian, tapi Anwar pakai baju dulu baru kenakan bandage dipinggang. Maka satu dunia nampak betapa deritanya Anwar akibat fitnah dan konspirasi. Sampai hati orang zalimi dia...

Institusi kehakiman, institusi polis dan institusi perubatan semuanya dijadikan sasaran agar rakyat akan hilang kepercayaan.

Apabila rakyat sudah hilang kepercayaan kepada institusi-institusi ini, maka jika mahkamah dapati beliau bersalah pun tidak mengapa kerana rakyat sudah tidak percaya. Ujian DNA pun kalau betul rakyat tak percaya. Bukti-bukti dan saksi-saksi pun direkacipta. Bagi rakyat DS Anwar akan tetap bersih. Dia hanya menjadi mangsa...Itu sajalah strategi pilihan yang ada pada Anwar dalam menjamin kelangsungan politiknya... Kalau rakyat gagal diyakini, maka tamatlah riwayat politiknya...

Kita ingin lihat bagaimana lompatan DS Anwar seterusnya. Kalau lompatannya tersasar dari dahan, akhirnya akan tersembam ke tanah jua.

Wallahualam....
:D
 
panjang ko tulis yoko
hihi.gif


good luck dengan dakyah songsang anda
anda benar anda kesyurga
anda tahu akan kebenaran namun anda sorok, ang tanggung sendiri

kubur lain2

hihi.gif
 
panjang ko tulis yoko
hihi.gif


good luck dengan dakyah songsang anda
anda benar anda kesyurga
anda tahu akan kebenaran namun anda sorok, ang tanggung sendiri

kubur lain2

hihi.gif

Tahniah anda berjaya diracuni Anwar :eek:
 
...

Mesti la Yakin...sampai sekarang PEMBUKTIAN dari TOTOK PR hanyalah berdasarkan andaian..

Jangan buat andaian.Kalau tak tahu diam saja.Banyak persoalan belum terjawap.Kalau najib tak terlibat, sila jawap perkara berikut:-

1.Kerana rekod imigresen tentang kehadiran altantuya di Malaysia telah di padamkan?Sepatutnta kalau orang keluar masuk mestilah ada rekaod kat imigresen.Tapi kenanpa altantuya dan dua sepupunya tidak ada dalam rekod?Dan kenapa polis tidak siasat perkara ni walaupun didesak?Sehingga kini tiada apa apa kenyataan rasmi dari polis mahupun imigresen.

2.Raja Petra dengan jelas menyebut nama INDIVIDU yang terlibat dalam statutory declaration beliau.Kalau individu tu tak terlibat kenapa tak terus saman?Ini membabitkan nama mereka secara terus dan mereka perlu bertindak kalau tak salah.

3.Semalam ketika polis siasat Raja Petra, polis hanya berminat nak tahu siapa informer yang beritahu raja petra tu?Kalau peguam negara yakin raja petra berbohong kenapa tak terus charge?Mereka dah boleh terus charge defamation.Lagipun yang buat laporan polis tu pejabat peguam negara.Tapi yang aneh kenapa polis sibuk nak tanya siapa informer yang beritahu raja petra tu.Mesti mereka nak ugut seperti apa yang berlaku pada Bala.

4.Kalau Dato Najib tak terlibat, kenapa lepas Bala buat statutory declaration dia terus di panggil polis?Lepas tu tidak dapat dihubungi oleh saudara mara beliau sehinggalah tiba tiba beliau muncul dengan peguam baru dan buat reversal.Dari raut wajah beliau nampak seperti beliau di tekan dan nampak sugul di wajah beliau.Kemudian semalam Dato Najib kata kononnya beliau nak ambil tindakan tapi Bala dah tarik balik.Nampak sangat seperti kenyataan terancang.

5.Whatever pun dalam minggu depan DSAI akan keluarkan bukti seterusnya dan keadaan bertambah menarik minggu depan.
 
Back
Top
Log in Register