BTC USD 76,366.4 Gold USD 4,341.84
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penjelasan ISA 1960

afwan83

Active+ Member
Messages
3,229
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,229
Reaction score
12
Points
25

Penjelasan ISA 1960​

e5c83d93-protest-isa-mansuh-isa-epa-images-pic-200726-1.jpg

Ahli politik dan aktivis hak asasi membantah cadangan mengambalikan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri, mendakwa undang-undang keras tidak mampu hapuskan fahaman radikal atau ekstremisme. (Gambar EPA Images)

Timbalan Ketua Polis Negara, Ayob Khan Mydin Pitchay, baru-baru ini mencadangkan ISA diperkenalkan semula, manakala Timbalan Perdana Menteri, Fadillah Yusof, berkata Malaysia memerlukan undang-undang yang lebih kukuh daripada Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) bagi menangani ekstremisme dan isu-isu sensitif.

Dalam satu program di Sarawak baru-baru ini, Ayob Khan berkata ISA adalah undang-undang yang paling berkesan untuk menangani ancaman terhadap keselamatan negara, ajaran sesat serta isu-isu sensitif yang melibatkan kaum, agama dan institusi diraja (3R).

Pada majlis yang sama, Fadillah berkata Sosma tidak sekuat ISA, sambil mencadangkan supaya Malaysia memperkukuhkan undang-undang sedia ada bagi menghadapi cabaran yang berpunca daripada fahaman ekstremis dan isu-isu sensitif.

Apakah sebenarnya ISA? Mengapa akta tersebut diperkenalkan pada asalnya dan kemudiannya dimansuhkan?

FMT melihat semula sejarah dan kontroversi di sebalik undang-undang tersebut.

Sejarah dan salah guna ISA

ISA diperkenalkan pada tahun 1960 ketika Tanah Melayu masih berdepan ancaman pemberontakan komunis semasa zaman Darurat. Undang-undang itu membenarkan penahanan tanpa bicara sehingga dua tahun.

Semasa bacaan kali kedua Rang Undang-Undang ISA di Parlimen pada 21 Jun 1960, timbalan perdana menteri ketika itu, Abdul Razak Hussein, berkata akta tersebut mempunyai dua tujuan utama, iaitu membanteras kegiatan subversif di seluruh negara dan membolehkan langkah-langkah perlu diambil di kawasan sempadan bagi menangani ancaman keganasan.

Apabila ISA berkuat kuasa, anggota, penyokong dan pemimpin yang disyaki mempunyai kaitan dengan Parti Komunis Malaya (PKM) ditahan tanpa melalui proses perbicaraan.

Walaupun akta itu pada asalnya diperkenalkan untuk membendung kegiatan komunis di Tanah Melayu, yang berakhir apabila PKM dibubarkan pada 1989, kerajaan-kerajaan selepas itu sering dituduh menyalahgunakan undang-undang berkenaan untuk menekan pengkritik.

Ramai pengkritik kerajaan ditahan di bawah ISA ketika Operasi Lalang.

Dilancarkan pada 27 Okt 1987 semasa Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri, operasi besar-besaran itu menyaksikan seramai 119 aktivis masyarakat sivil, cendekiawan dan ahli politik pembangkang ditahan tanpa bicara.

Antara mereka ialah mendiang P Patto, mendiang Karpal Singh, mendiang bekas pengerusi Dong Jiao Zong, Lim Fong Seng, mendiang aktivis hak wanita Theresa Lim, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, aktivis akademik Chandra Muzaffar, bekas Ahli Parlimen Petaling Jaya Kua Kia Soong, bekas Ahli Parlimen Pasir Mas Ibrahim Ali, serta Presiden Amanah Mohamad Sabu.

Mereka ditahan di Penjara Kamunting di Taiping, dengan sebahagian daripada mereka ditahan sehingga dua tahun.

Ramai bekas tahanan berkongsi pengalaman mereka secara terbuka dan menggesa Mahathir memohon maaf atas peranannya membenarkan Operasi Lalang dilaksanakan. Namun, Mahathir menolak semua dakwaan dan menegaskan operasi tersebut dilancarkan pihak polis.

ISA sekali lagi digunakan pada 2007 terhadap lima pemimpin utama Hindraf, termasuk peguam dan aktivis P Uthayakumar, Ahli Parlimen Klang daripada DAP V Ganabatirau, serta bekas Adun Kota Shah Alam M Manoharan.

Mereka ditahan selama dua tahun sebelum dibebaskan pada Mac 2009 selepas Najib Razak menjadi perdana menteri.

Penyalahgunaan undang-undang keselamatan itu mencetuskan bantahan besar-besaran, dengan pertubuhan masyarakat sivil melancarkan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) pada 2008.

Selepas bertahun-tahun menerima tekanan, pentadbiran Najib akhirnya memansuhkan ISA pada 2012.

ISA kemudiannya digantikan dengan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) yang masih mengekalkan beberapa peruntukan yang dikritik pertubuhan hak asasi kerana dianggap bersifat drakonian, termasuk penahanan tanpa bicara sehingga 28 hari.

Najib turut menerima desakan daripada beberapa pihak supaya ISA dihidupkan semula. Bagaimanapun, pada 2014 beliau menegaskan pentadbirannya tidak akan berbuat demikian kerana keputusan itu selaras dengan kehendak majoriti rakyat Malaysia.

Najib turut menerima desakan daripada beberapa pihak supaya ISA dikembalikan semula. Bagaimanapun, pada 2014 beliau menegaskan pentadbirannya tidak akan berbuat demikian kerana keputusan itu selaras dengan kehendak majoriti rakyat Malaysia.

“Adakah mereka mahu keadaan di mana sesiapa yang menyuarakan pendapat akan ditangkap di bawah ISA? Adakah kita mahu perkara itu berlaku?

“Sudah tentu majoriti rakyat Malaysia tidak mahukannya. Mereka mahu kita menjadi sebuah masyarakat yang mempunyai kebebasan untuk menyuarakan pandangan, walaupun pandangan itu berbeza,” katanya dalam satu wawancara bersama Bernama ketika itu.

Bantahan keras

Dengan Malaysia kini berdepan kebimbangan yang semakin meningkat terhadap wacana yang menyentuh isu 3R dan kemunculan ajaran sesat, ada pihak yang berpendapat bahawa ISA adalah undang-undang yang sesuai untuk menangani ancaman tersebut.

Bagaimanapun, cadangan itu menerima bantahan keras daripada ahli politik dan aktivis hak asasi manusia.

Pertubuhan hak asasi manusia, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) berkata gesaan untuk menghidupkan semula ISA lazimnya berdasarkan salah andaian bahawa memperluas kuasa pemerintah akan mengurangkan ancaman terhadap negara secara berkesan.

Pengarah Eksekutif Suaram, Azura Nasron, berkata tiada undang-undang, walau seluas atau sekeras mana sekalipun, mampu menghapuskan fahaman radikal atau ekstremis dengan sendirinya.

“Malaysia mesti beralih daripada berulang kali menggesa kuasa penahanan lebih meluas sebagai tindak balas terhadap setiap ancaman keselamatan,” katanya kepada FMT.

Bekas Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago juga berkata gesaan daripada polis dan pemimpin kerajaan untuk mengembalikan semula ISA menunjukkan sistem risikan negara gagal menangani ancaman ekstremisme.

Menurut Santiago, Malaysia tidak memerlukan undang-undang baharu untuk menangani ekstremisme dan ancaman keselamatan lain sedangkan undang-undang sedia ada gagal menghapuskannya.

“Jika anda tidak yakin dengan Sosma dan mahu mengembalikan ISA, ini bererti sistem risikan anda gagal. Jika tidak dapat memaklumkan kerajaan mengenai keadaan semasa, maka ini satu kegagalan.

“Dengan memperkenalkan undang-undang baharu anda mengakui anda mahu menggunakan undang-undang untuk mengawal rakyat. Itulah sebenarnya mesej yang disampaikan,” katanya.
 
punkoq lahh…

lagi bernaraja lela lah nanti

ramai tak ingt ke ISA nie utk kekang komunis
 
Back
Top
Log in Register