TERSURAT
Apa yang tersurat, sudah pun berlaku, DSAI telah didakwa meliwat pembantunya, pada 26 Jun lalu, di sebuah Kondominium di Damansara.
Sama ada pengakuan dan laporan polis dibuat dengan sukarela, atau dipaksa oleh orang-orang tertentu daripada dalam negara ini, atau pun dari luar negara, tidak lah dapat dipastikan lagi, sehingga siasatan polis selesai.
Manakala itu, siapa yang memaksa beliau membuat dakwaan dan laporan polis tersebut, tidak diketahui lagi sehingga kini. Jangan membuat tuduhan tidak tepat. Rakyat hanya dibenarkan membuat spekulasi-spekulasi ringan-ringan sahaja.
TERSIRAT
Apa yang lebih ramai pihak berminat untuk mengetahuinya ialah, apakah sebenarnya yang TERSIRAT dari peristiwa ini?
Adakah ia merupakan satu percaturan politik oleh TPM, bagi menutup kes pembunuhan model monggolia, melalui akuan bersumpah RPK?
ATAU
Adakah ia merupakan serangan balas TPM ke atas PM, ekoran keengganan dan faktor main tarik tali, bagi proses peralihan kuasa yang masih belum jelas, samada akan benar-benar berlaku, atau sandiwara PM dan menantunya sahaja?
ATAU
Adakah ia merupakan percaturan oleh PM bagi menutup terus peluang TPM bagi jawatan Presiden parti? Ini kerana terdapat khabar-khabar angin menyatakan, TPM secara sah akan mencabar PM bagi jawatan Presiden UMNO, pada bulan disember nanti. Ini dibuat dengan mengumpan bekas kakitangan di pejabat TPM sebagai alat, dalam kes ini, yang akibatnay telah menjejaskan dengan teruk reputasi TPM.
ATAU
Adakah kejadian ini, ada kaitan dengan motif sebenar Ezam masuk UMNO, iaitu untuk meletupkannya dari dalam? Ini kerana, dengan peristiwa ini, kesan sebaliknya yang terjadi, ramai merasakan DSAI, Keluarga dan Pakatan Rakyat yang menerima kesan buruknya, tetapi sebaliknya kemorosotan sokongan rakyat Malaysia kepada UMNO dan BN, semakin teruk, bukan sahaja dari orang-orang Melayu, bahkan seluruh rakyat. Tahniah Ezam, peledak C4 pertama anda telah berjaya
ATAU
Adakah kes ini merupakan satu amaran kepada seramai 30 dan lebih, atau 43, iaitu angka yang lebih tepat, yang akan berhijrah ke Pakatan Rakyat, menjelang 16 September nanti, atau lebih awal lagi, supaya membatalkan niat tersebut
Presiden SAPP, Yong Teck Lee, telah dikorek dan gali semula kes rasuahnya yang berusia lebih dari 10 tahun. Sekarang giliran DSAI pulak. Selepas ini giliran 30 atau 43 orang lah.
Tetapi, kalau benar-benar nekad akan berhijrah juga, apa yang menanti untuk 30 atau 43 orang ini? Mungkinkah semuanya akan direhatkan selama dua [2] tahun di Kemunting? Atau akan dituduh dengan pelbagai tuduhan jenayah berat, seperti membunuh, merompak, merogol, merusuh, dan lain-lain.
Sebenarnya pihak kerajaan mempunyai banyak pilihan, kerana Peguam Negara selaku penasihat kerajaan dalam hal-hal undang - undang mempunyai senarai panjang salah-salah laku di mahkamah.
SEBENARNYA
Sekiranya, tidak jadi berhijrah, akhirnya nanti hasil siasatan polis tidak menjumpai apa-apa bukti saudara Saiful Bukhari telah diliwat, beliau akan dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup [ mungkin ], kerana menfitnah.
PELAN KECEMASAN
Rasanya, Pakatan Rakyat telah mempunyai pelan kecemasan, bagi menangani kesan dari peristiwa ini. Apakah pelan-pelan kecemasan tersebut? Sudah tentu sulit. Ini terpulang kepada pakar-pakar strategi di peringkat tertinggi Pakatan Rakyat. Rakyat terbanyak menerima sahaja apa yang baik.