Surat terbuka untuk Kak Wan
July 5, 2008 by admin
Assalamualaikum Kak Wan , semoga Kak Wan sihat dan sejahtera hendaknya disamping keluarga yang tersayang. Apa khabar cucu dan Nurul Ezah serta menantu dan anak-anak yang lain, maaf jika saya tidak bertanya apa khabar suami Kak Wan kerana saya merasakan tidak perlu untuk bertanyakan akan kesihatan suami Kak Wan kerana saya tahu dia terlalu sibuk dengan mengarah drama dan filem-filem terbaru untuk menghakis lumpur dan najis yang tersalut di badannya.
Kak Wan, saya menghormati Kak Wan sebagai seorang isteri kerana bagi saya Kak Wan adalah seorang isteri yang baik dan akur kepada suami . Rasa simpati saya terhadap Kak Wan kian menebal ketika ini kerana dalam kehidupan Kak Wan terpaksa menerima dan menanggung berbagai derita. Badan Kak Wan kian mnyusut, wajah Kak Wan terbayang akan penderitaan,tidak seperti ketika suami Kak Wan ditahan di penjara dahulu, Jelas terbayang wajah Kak Wan kian derita, Nak kata suami tidak di sisi , suami Kak wan telah bebas dan kini bersama Kak Wan. Nak kata Kak Wan mengahadapi krisi ekonomi, tidak mungkin kerana
suami Kak wan mendapat banyak wang dari luar negara , lagipun wang ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri dan menteri kewangan dahulu masih banyak yang belum digunakan.
Kak Wan , Izinkan saya bertanya dengan Kak Wan dari hati ke hati dan berharap Kak Wan akan menjawab dengan ikhlas,
1. Siapakah sebenarnya suami Kak Wan ?
2. Tidakkah Kak Wan langsung tidak merasa curiga apabila timbul kes-kes sodomi yang banyak membayangkan bahawa suami Kak Wan adalah seorang peliwat.
3. Tidakkah pernah Kak wan bertanyakan kepada beliau sebelum ini sama ada benar atau tidak dia meliwat, jika ada , apakah jawapan beliau dan apakah Kak wan percaya apa yang beliau nyatakan.
4. Benarkah Kak wan langsung tidak tahu bahawa dia suka meliwat atau sememangnya Kak Wan tahu dan cuba menyembunyikan , jika Kak Wan cuba menyembunyikan , tidak kah Kak Wan berasa berdosa.?
5. Kenapa Kak Wan mengelabah dan menuduh ada konspirasi dan menayangkan gambar-gambar yang tidak releven dan seolah-olah Kak Wan sendiri yang mahu menafikan akan perbuatan suami Kak Wan.
6. Apakah Kak wan merestui akan perkara yang diluar tabii ini berterusan dan tidak kah Kak Wan takut akan akibat nya nanti akan diterima oleh Kak Wan sendiri apabila bersama dengan suami?
7. Tidak kah Kak Wan merasa malu dengan anak-anak jika mereka tahu Kak Wan terpaksa berbohong untuk menyelamatkan suami.
8. Apakah seorang suami yang melaiwat adalah meriupakan seorang sumai yang baik dari kaca mata dan pandangan Kak Wan.
9. Benarkah Kak Wan sebenarnya tidak tahu bahawa suami Kak Wan pernah melakukan perkara diluar tabii ini?
10. Kenapa Kak Wan tidak mahu mebenarkan pihak berkuasa menyiasat perkara ini .
Kak Wan, rakyat kali ini perasaan akan kelainan yang berlaku apabila aduan mengenai liwat dilakukan terhadap suami Kak Wan.
1. Timbul isu Konspirasi
2. Timbul Isu ugutan bunuh
3. Anwar takut menghadapi penyokong dan bersembunyi di Qualiti Hotel dan kedutaan Turkey.
4. Laporan terhadap ketua polis negara memalsukan report, dah lama kenapa sekarang baru timbul
5. Timbul pula akuan bersumpah menuduh najib pernah melakuakan hubungan zina dengan Altantuya dan melakukan perkara seperti apa yang Anwar sering dituduh.
6. Mahu mengumumkan pilihanraya kecil.
7. Menyaman kembali pengadu.
8. Anwar enggan membuat kenyatan akhbar.
9. Timbul isu 4 wakil BN akan melompat parti dan akan diumumkan di stadium Melawati tetapi ini tidak berlaku.
10. Campur tangan Amerika .
Mengapa kali ini berlaku perkara-perkara seperti ini Kak Wan?
Tentu Kak Wan tahu jawapannya dan tentu Kak Wan juga terlibat dalam perbincangan menyelamatkan maruah suami Kak Wan.
Kak Wan demi agama, bangsa dan negara Kak wan perlu berterus terang walaupun ianya pahit utnuk ditelan tetapi inilah hakikat dan kenyataan, sampai bila Kak Wan mahu hidup dikejar bayang-bayang sendiri.
Kak Wan, kita berbicara mengenai maruah agama dan bangsa, sampai bila Kak Wan mahu libatkan Nik Aziz , Hj Hadi dan penyokong Kak Wan terlibat dan bersubahat atas perkara yang tidak baik dan haram ini, akhir sekali sampai bila Kak Wan mahu menipu diri sendiri dan membabitkan diri dengan perkara yang haram dan tidak di redai Allah SWT ini.
Fikirkanlah Kak Wan
Yang Benar,
Arrif Iskandar
Bukit Mertajam