BTC USD 63,377.6 Gold USD 4,326.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penjara jika enggan buka burqa

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
pix_gal0

SYDNEY: Pihak berkuasa Australia semalam berkata pengguna jalan raya yang enggan membuka penutup muka seperti burqa, topi keledar dan topeng selepas polis, boleh dikenakan hukuman penjara sehingga setahun.
Di bawah undang-undang pindaan di New South Wales, polis akan meminta pemandu menanggalkan topi keledar, topeng, niqab yang menutup muka dan burqa.
Enggan berbuat demikian boleh dikenakan denda A$220 (RM681.21), namun dalam kebanyakan kes serius boleh menyebabkan mereka dipenjara hingga setahun dan denda A$5,500 (RM15,477.97).

“Penduduk hanya diminta membuka penutup muka untuk mengenal pasti identiti mereka,” kata Perdana Menteri New South Waltes, Barry O’Farrell.

“Mereka yang mahu dikenal pasti secara persendirian atas alasan budaya dan agama boleh meminta untuk pergi ke balai polis.”

Perubahan itu yang akan diperkenalkan ke parlimen minggu depan, juga memberi kerajaan kuasa untuk meminta menanggalkan penutup muka di mahkamah sambil pelawat ke penjara juga diminta mengeluarkan mana-mana penutup yang menghalang pengenalan identiti mereka.
Mereka yang enggan boleh dikenakan denda sehingga A$550 (RM1,700.63).

“Saya menghormati setiap aspek agama dan kepercayaan berbeza namun apabila ia membabitkan penguatkuasaan undang-undang, polis perlu diberi kuasa mencukupi untuk mengenal pasti identiti,” kata O’Farrell dalam satu kenyataan.

Perubahan itu diikuti kes terbaru seorang wanita Islam dilepaskan apabila seorang majistret memutuskan dia tidak dapat dikenal pasti secara positif kerana memakai burqa. – Agensi

sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Penjarajikaengganbukaburqa/Article
 
Last edited:
kalau polis perempuan x pe la yg nk suruh bukak
x kn diorg x de polis perempuan kot
 
ini adalah kekejaman zionis yg sukar diterima oleh islam.
mereka mahu mnjajah lagi secara x langsung. adehhh...
 
bknnye wajib pun burqa tu, bukak je la ape mslhnye. tu untuk pengecaman identiti je, bknnye melarang pemakaian burqa scr mutlak
 
bknnye wajib pun burqa tu, bukak je la ape mslhnye. tu untuk pengecaman identiti je, bknnye melarang pemakaian burqa scr mutlak

yup..lagipun kn diorg bagi pilihan..
“Mereka yang mahu dikenal pasti secara persendirian atas alasan budaya dan agama boleh meminta untuk pergi ke balai polis.”
 
kat mesia ni org Islam pakai serban bawa motor xleh.alasan serban sunat je. tapi bengali singh pakai serban boleh pulak.singh pun bukan wajib pakai serban.sbb ada singh yg xpakai serban. kata negara Islam. tapi hak sbg Islam tak jaga. inikan pula Australia tu terang2 negara kapir.kalau dah minoriti, memang kena tindas la. yg heran kita yg majoriti ni pun Islam kena tindas.
 
betol gak nih.
 
btol tu..cthnya karpal singh dan karam singh walia mana ada pakai turban..
 
Back
Top
Log in Register