BTC USD 61,989.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penipuan pemimpin PKR didedah

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KUALA LUMPUR 20 Sept. – Bekas Timbalan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden berikrar untuk mengadakan sidang akhbar setiap minggu bagi mendedahkan penipuan yang dilakukan pihak tertentu bagi merebut jawatan tertinggi parti itu.

P. S. Jenapala mendakwa, penipuan itu terbukti apabila dua cabang iaitu Batu Gajah dan Bruas di Perak yang mencalonkannya untuk bertanding jawatan nombor dua tertinggi parti itu telah diarah menarik balik pencalonan kerana beliau dikatakan bukan calon pilihan pihak tertentu.

“Saya akan mengadakan sidang akhbar setiap Isnin sehingga pemilihan selesai pada November ini bagi mendedahkan lebih banyak penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin PKR.

“Mereka sebelum ini hanya pandai menuduh Barisan Nasional (BN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melakukan penipuan ketika pilihan raya.

“Pihak terbabit sudah pasti akan bertindak balas sama ada secara fizikal atau mental untuk menghalang saya, tetapi saya tidak akan berhenti daripada berjuang selagi mana yang boleh,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Selain Jenapala, dua lagi individu yang menawar diri untuk bertanding jawatan itu ialah Naib Presiden, Azmin Ali dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Datuk Zaid Ibrahim.
 
“Saya akan mengadakan sidang akhbar setiap Isnin sehingga pemilihan selesai pada November ini bagi mendedahkan lebih banyak penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin PKR.

kenapa setiap isnin jerk.... buang masa laa.. bg tau teruss kasi semua org tauu.. nak tiap2 minggu dapat liputan baik jadi pemberita.. tiap2 hari masuk tv... publisiti publisiti
 
wat suspen la konon.. atau ni nak gertak pihak atasan? berkesan ke.. kang jadik abu kan..:))
 
ini bekas PKR dah tak boleh dipercayai lagi.pengkhianat kpd parti.ini pengkhianat kalau dlm kongsi gelap dah lama kena tembak kasi mati.
 
asal x dapat jawatan jerk mula la nk meroyan......politk mana2 pun sama jerk...
 
keh keh apa nak dibuat dgn parti takde pendirian dan kuasa penyatuan ni..
skrg ni pun dah tengah bergolak kuasa..team NGO liberal dlm PKR dgn idea liberal depa...team sosialis dlm PKR dgn cara depa...team ex-UMNO dlm PKR dgn ego depa... team ex-ABIM dgn usrah depa.. team kroni2 anwar dgn cara depa...
kalau anwar takde seksok,jadi mcm Semangat 46 la parti ni..
 
nak cari publisiti la tu...bila dah glamor nanti ..harap-harap MIC boleh lamar ke..PPP ke..
 
Back
Top
Log in Register