BTC USD 63,305.0 Gold USD 4,446.94
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Peniaga tepi jalan trauma

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


RANTAU PANJANG - Rakan kepada peniaga yang maut dirempuh lori ketika berniaga di laluan Rantau Panjang-Pasir Mas dekat Gual Tinggi Jumaat lalu, masih trauma.

Rata-rata masih teringat kejadian menimpa Allahyarham Nik Mariam Nik Ya, 52, yang sama-sama berniaga sejak 10 tahun lalu.

Kejadian kali pertama sejak mereka berniaga di situ lebih 10 tahun lalu sememangnya tidak diduga.

Peniaga dikenali sebagai Sabariah, 58, berkata, dia masih terkejut dengan kemalangan menimpa Allahyarham.

Menurutnya selepas kejadian, matanya lebih tertumpu ke arah jalan kerana takut peristiwa sama berulang.

“Kalau ikutkan hati memang saya takut untuk berniaga lagi.

“Jika tidak berniaga, buah akan rosak, bagi mengelaknya, saya terpaksa berniaga,” katanya.

Sabariah berkata, dia kerap terkejut bila terdengar bunyi kuat datang dari arah jalan.

Rakannya dikenali Kak Dah, 49, berkata, dia masih trauma dan takut selepas kemalangan meragut nyawa rakannya.

Menurutnya, dia takut melihat kenderaan dipandu laju dan kemalangan tengah hari Jumaat itu benar-benar meninggalkan kesan padanya.

“Bila tengok atau dengar kenderaan dipandu laju, saya kerap terkejut,” katanya semalam.

Tinjauan Sinar Harian di tempat kejadian mendapati, keluarga Allahyarham masih belum berniaga.

Jumaat lalu, mangsa yang berniaga buah di Gual Tinggi mati di tempat kejadian setelah terlibat kemalangan dengan sebuah lori muatan tanah biji besi.

Pemandu lori berkenaan pula hanya mengalami cedera ringan.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/peniaga-tepi-jalan-trauma-1.71312
 
ramai lagi peniaga yang jual tepi jalan..
senang utk dilihat..
xkan nak meniaga dalam utan..
 
Kena buat signboard utk peniaga tepi jalan ni ..
 
tawakal jela.. klo dh nk jadi ape bleh buat..
 
setuju...kena ada signboard..... awas kawasan peniaga 30km/j.........
 
macam kes kat depan ampang park yg brader jual cucuk2 tu..
 
ramai lagi peniaga yang jual tepi jalan..
senang utk dilihat..
xkan nak meniaga dalam utan..

tak kena kat batang hidung senang la ckp kan...diorg trauma sbb kejadian depan mata...cuba jadi kat kita tgk ntah2 taubat tak meniaga dah bukan stakat tepi jalan...dalam hutan pun tak...:p:p:p:p:p
 
Back
Top
Log in Register