BTC USD 63,305.0 Gold USD 4,446.94
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Peniaga pasar borong

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

KUALA LUMPUR 6 April – Seorang peniaga pasar borong warga Bangladesh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan melakukan ugutan jenayah terhadap seorang pemandu lori dan jurujual, bulan lalu.

Md. Rahman Md. Samsulhowlader, 42, didakwa mengugut Ng Peng Mun, 58, dengan mengancam mangsa ‘tak bagi kerja sini dan bagi satu minggu, kalau datang lagi pukul sama saya’.

Dia juga didakwa melakukan perbuatan yang sama terhadap Md. Altaf Hossain, rakan senegaranya, dengan mengugut ‘akan memotong dan akan hantar mayat ke Bangladesh’.

Kedua-dua perbuatan itu didakwa dilakukan di Pasar Borong Selayang dekat sini, kira-kira pukul 1.30 petang, 26 Mac lalu.

Pertuduhan terhadap lelaki itu dikemukakan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Pegawai Pendakwa, Asisten Superintenden Nom Phot Prakdit mencadangkan agar tertuduh diikat jamin RM5,000 bagi setiap pertuduhan.

Peguam Zainal Omar yang mewakili tertuduh memohon agar jumlah itu dikurangkan memandangkan tertuduh mempunyai tanggungan di kampung halamannya.

Majistret Erry Shariman Nor Aripin membenarkan tertuduh dijamin RM5,000 dengan dua penjamin bagi kedua-dua pertuduhan serta melapor diri sebulan sekali di balai polis berhampiran serta menyerahkan pasport kepada mahkamah sebagai syarat tambahan.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 22 Mei ini.
 
Ganas bangla ni Skrg...mcm2.. dulu taat je..
 
gila dah berani skrg ni dengan cina plak tu.nampak sgt ada segelintir yg dah x bleh kawal dah ni.
 
Ingat tak mcmana komuniti lipas hidup?

Kalau geng dia sikit, lipas akan menyorok2 dicelah2 dpur,tv,almari.

Tapi kalau geng dah ramai, lipas dah tak takut lagi. Sampai ada yang berani tidur atas tilam tuan rumah.

:D
 
Back
Top
Log in Register