BTC USD 63,083.7 Gold USD 4,317.96
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Peniaga disaran daftar kerosakan

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Projek pembaikan jeti ini semakin hampir untuk diselesaikan dan ia dibina dengan lebih cantik bercirikan moden.​

BANDAR KUALA KANGSAR - Peniaga yang mengalami kerosakan kedai semasa berdepan banjir, di sini, hujung tahun lalu dinasihatkan mendaftarkan kerosakan mereka dengan SME Corporation Malaysia.

Adun Bukit Chandan, Maslin Sham Razman berkata, langkah itu perlu bagi memastikan mereka menerima bantuan melalui agensi tersebut.

Menurutnya, selepas peniaga mendaftarkan segala kerosakan mereka, wakil dari SME Corporation Malaysia akan datang ke kawasan mereka dan membuat penilaian.

"Kemudian baru bantuan disalurkan kepada mereka yang layak. Apa yang penting, peniaga mendaftarkan terlebih dahulu.

"Setakat ini, saya masih belum menerima maklumat berhubung jumlah peniaga yang telah menerima bantuan daripada SME Corporation Malaysia kerana peniaga perlu berurusan sendiri," katanya.

Sementara itu, Maslin Sham lega, bantuan yang diberikan kepada mangsa banjir di Kuala Kangsar dilaksanakan secara berterusan.

Menurutnya, wang ihsan berjumlah RM1,000 yang diberikan kepada lebih 1,300 penerima juga akan diteruskan selepas data diperoleh daripada Majlis Keselamatan Negeri (MKN).

"Bagi sesi pertama, seramai 515 penerima dan sesi kedua pula 864 orang.

"Wang ihsan ini adalah sumbangan kerajaan negeri berjumlah RM500 dan Majlis Keselamatan Negara dengan jumlah yang sama," katanya.

Dalam pada itu, Maslin Sham memaklumkan pihaknya sedang bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan bagi membantu projek pembaikan rumah dan bangunan di Kuala Kangsar.

Menurutnya, beberapa agensi seperti Felcra dan Mara sedang membuat spesifikasi bagi tujuan pembaikan rumah untuk mereka yang terjejas teruk akibat banjir baru-baru ini.

Tambah beliau, keseluruhannya Kuala Kangsar mencatatkan prestasi pemulihan selepas banjir yang agak baik apabila boleh dikatakan semua peniaga di lembah Kuala Kangsar telah memulakan semula perniagaan mereka.

Tinjauan Sinar Harian di beberapa lokasi banjir di Kuala Kangsar, semalam, mendapati kebanyakan kawasan telah pulih malah jeti yang dahulunya rosak kini telah dibaiki dan hampir siap.

Paras air Sungai Perak juga dilihat berada di tahap terkawal namun penduduk sekitar masih mengambil langkah berjaga-jaga kerana mereka enggan peristiwa sama berulang.
 
Back
Top
Log in Register