akudotcom
CG Hardcore Club

- Messages
- 61,479
- Joined
- Jun 17, 2007
- Messages
- 61,479
- Reaction score
- 7,005
- Points
- 881
Pengurusan rayu jangan robohkan kuil
Kuil Sri Maha Mariamman New Labu Estate di Labu, Negeri Sembilan. (Gambar Ranjit Kumar Kuppan)
PETALING JAYA: Sebuah kuil Hindu yang tidak berdaftar di Labu, Negeri Sembilan, berdepan dengan perobohan apabila pemilik tanahnya merancang pembangunan baharu di kawasan itu.
Pihak pengurusan kuil merayu agar ia tidak dirobohkan, dengan meminta pemilik tanah memasukkan struktur itu dalam rancangan pembangunannya.
Kuil Sri Maha Mariamman New Labu Estate yang berusia 46 tahun itu dibina di atas tanah Sime Darby Plantation yang baru dibeli oleh Sime Darby Property.
Penjaga bersama kuil itu, Ranjit Kumar Kuppan berkata pihak pengurusan “tidak meminta banyak”, kecuali mahu kuil itu dipulihara.
“Ia adalah kuil lama, dibina pada 1976 untuk pekerja ladang dan diselenggara oleh Sime Darby Plantation, yang membiayainya selama bertahun-tahun,” katanya kepada FMT.
“Tetapi tiga tahun lalu, kami dapat tahu bahawa tanah itu telah dibeli oleh Sime Darby Property, yang mahu merobohkan kuil itu.
“Kami hantar surat kepada mereka untuk merayu ia tidak dilakukan namun ia ditolak dengan mengatakan kuil itu tidak didaftarkan.
Kami hantar surat kepada mereka merayu agar mereka tak buat tetapi mereka tolak kami, mengatakan kuil itu tidak didaftarkan.
“Kami tidak mendaftarkannya kerana pada masa itu kami hanya bergantung kepada Sime Darby Plantation untuk menguruskannya.
“Rakyat tidak berpendidikan dan tidak mahir dengan kertas kerja dan dokumentasi. Mereka hanya pekerja ladang.”
Ranjit berkata beliau telah cuba berbincang dengan wakil Sime Darby Property dan telah meminta bantuan ADUN Nilai Arul Kumar Jambunathan, tetapi syarikat itu bertegas dengan keputusannya untuk merobohkan kuil itu.
“Kami membelanjakan kira-kira RM350,000 untuk mengubah suai dan memulihkan kuil itu dengan sumbangan titik peluh daripada orang ramai. Ia warisan kami,” katanya.
“Kami cuba mendaftarkan kuil sebanyak tiga kali selepas mengetahui rancangan perobohan itu, tetapi semua permohonan kami ditolak.
“Kami tidak mahu timbulkan masalah. Kami hanya meminta mereka untuk memasukkan kuil ini dalam rancangan pembangunan mereka.”
Ranjit berkata jawatankuasa kuil itu merancang satu sidang media dengan wakil Hindu Sangam, Arul Kumar dan Sime Darby Property pada 25 Mac di Nilai.
Jurucakap Sime Darby Property memberitahu FMT bahawa syarikat itu sedang dalam perbincangan dengan pihak berkepentingan dan telah mengenal pasti sebidang tanah untuk cadangan penempatan semula kuil itu.
“Syarikat itu komited sepenuhnya untuk menyokong dari segi kewangan cadangan penempatan semula kuil ke tapak baharu,” katanya.
“Tapak kuil baharu yang dicadangkan oleh syarikat itu akan menjadi kira-kira 40% lebih besar daripada tapak sedia ada dan akan mempunyai kemudahan yang lebih baik, termasuk jalan masuk, pagar dan utiliti.”
Beliau berkata, lokasi yang dicadangkan adalah di kawasan perumahan berhampiran, menjadikannya lebih sesuai untuk dijadikan tempat ibadat berbanding lokasi sekarang yang akan dikelilingi pembangunan perindustrian.