ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
GEORGETOWN - Seorang pengurus sebuah hotel di sini menerima ugutan yang hotel itu akan dibom sekiranya meneruskan program oleh seorang guru meditasi dari India di hotel berkenaan, menurut jurucakap polis.
Katanya pengurus hotel itu yang menerima ugutan itu pada Selasa lepas menerusi sepucuk surat yang dihantar menggunakan khidmat pos ekspres ke alamat hotel itu telah membuat laporan polis.
"Menerusi surat berkenaan, penghantarnya mengugut akan mengebom hotel itu jika membenarkan atau menerima guru meditasi berusia 59 tahun terbabit menjalankan program di hotel tersebut," katanya di sini hari ini.
Program guru meditasi itu diadakan di Stadium Batu Kawan, dekat sini malam semalam dan turut dihadiri guru meditasi dari beberapa buah negara dan sepanjang lelaki itu berada di negeri ini tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku, katanya.
Ketua Polis Pulau Pinang,Datuk Abdul Rahim Hanafi ketika dihubungi Bernama mengesahkan polis ada menerima laporan berhubung ugutan berkenaan dan siasatan masih dijalankan.
Sebaik polis menerima laporan polis daripada pengurus hotel berkenaan, kami menjalankan siasatan rapi termasuk menjalankan pemeriksaan keselamatan bagi memastikan tiada kejadian tidak diingini berlaku.
"Semuanya berjalan lancar dan guru meditasi itu juga telah selamat pulang ke negara asalnya hari ini," katanya.
Sementara itu, Abdul Rahim berkata polis tidak menerima sebarang laporan berhubung dakwaan yang mengatakan Ketua Menteri Lim Guan Eng turut menerima ugutan berhubung kedatangan guru meditasi berkenaan di negeri ini. - Bernama