GamezStar
CG Hardcore Club


- Messages
- 67,218
Top Poster #1
- Joined
- Jul 1, 2008
- Messages
- 67,218
- Reaction score
- 7,854
- Points
- 881
KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Berdasarkan semakin ramai mula menggunakan sistem solar "photovoltaic (PV)" sebagai sumber tenaga di rumah, kos sistem itu mula menurun.
Menurut Pusat Tenaga Malaysia, yang melaksanakan projek Binaan Photovoltaic Bersepadu Malaysia (MBIPV), kajian mendapati lebih ramai di kalangan mereka yang menggunakannya terdiri daripada golongan pekerja berbanding mereka yang mempunyai perniagaan sendiri.
Projek itu antara lain menawarkan program yang dikenali SURIA 1000, dengan orang ramai boleh membuat tawaran bidaan untuk mendapatkan bantuan kewangan daripada kerajaan yang ditawarkan sebagai insentif untuk pemasangan sistem PV di rumah mereka.
Bagi pusingan kedua insentif ini, seramai 16 individu menerima bantuan kewangan baru-baru ini. Memandangkan bantuan kewangan untuk pusingan ini hanya 70 peratus daripada kos sistem itu, pembida yang berjaya terdiri daripada mereka yang membuat tawaran bidaan pada jumlah terkecil.
"Penerima bantuan yang diluluskan bersedia membayar sehingga 52 peratus daripada kos sistem PV," kata Ketua Projek Nasional MBIPV, Ahmad Hadri Haris dalam satu kenyataan.
Beliau juga berkata ketika proses bidaan dibuat, kos purata sistem PV berkurangan kepada RM26,029 per kW, daripada RM28,006 dalam pusingan pertama.
"Kesediaan penerima sistem untuk membayar diterjemahkan kepada kapasiti PV yang dicapai sebanyak 94kW, peningkatan daripada 60kW yang menjadi sasaran asas kami," tambahnya.
Bidaan untuk SURIA 1000 dilakukan setiap enam bulan sekali. Ia dilaksanakan untuk tempoh 2006 hingga 2010.
Tarikh tutup bagi bidaan ketiga adalah pada 1 April dan sokongan kewangan maksimum untuk tawaran ini ialah 60 peratus daripada jumlah kos sistem PV dan ia akan turut dibuka kepada sektor komersial.
Kapasiti maksimum yang dibenarkan untuk tawaran bidaan bagi rumah kediaman ialah 10kW dan bagi premis komersil, 30kW.
-- BERNAMA
ok sekarang ni... ada sapa2 yg tau atau ada pasang system solar kt rumah atau premis ???? :-?