BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Penguat Kuasa DBKL Dikompaun Buang Sampah Dari Kenderaan Rasmi

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,488
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,488
Reaction score
1,681
Points
201


Penguat Kuasa DBKL Dikompaun Buang Sampah Dari Kenderaan Rasmi


Menurut DBKL dalam satu kenyataan, pihaknya memandang serius perkara tersebut dan telah mengambil tindakan segera dengan memanggil kakitangan tersebut.

Ia bagi mendapatkan penjelasan serta menjalankan semakan berkaitan kejadian tersebut.

"Kakitangan terbabit telah dikenakan tindakan kompaun di bawah Seksyen 47(1)(e), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974," maklum jabatan itu.

Tegas DBKL, pihaknya sentiasa menekankan kepentingan integriti, disiplin dan profesionalisme dalam kalangan warga kerja bagi menyampaikan perkhidmatan kepada warga kota .

"DBKL tidak berkompromi terhadap sebarang tindakan yang boleh menjejaskan imej organisasi.

"Pihaknya juga akan terus memastikan pematuhan terhadap peraturan serta tatakelola kerja diperkukuhkan dari semasa ke semasa," katanya.

Sebelum ini, tular satu hantaran di platform media sosial mendakwa kakitangan DBKL yang membuang sampah daripada kenderaan rasmi jabatan pada Ahad lalu.

Gambar & Sumber: DBKL
 
Back
Top
Log in Register